Penyanyi dan personaliti media sosial, Cik B tampil berkongsi pandangan mengenai isu dirinya yang berkemungkinan dipergunakan oleh orang lain dalam hubungan persahabatan.

Artikel Berkaitan: ‘Bila Tarik Nada Rendah, Memang Menjadi’ – Sarimah Ibrahim Puji Suara Cik B

Artikel Berkaitan: Vida Hadiahkan Cik B Kereta Lamborghini RM1.6 Juta Sempena Birthday, Dibeli Secara Tunai

Cik B ikhlas berkawan

Menerusi hantaran di Threads, Cik B atau nama lengkapnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 21, menjawab persoalan netizen yang bertanya sama ada dia takut jika ada pihak mengambil kesempatan terhadap dirinya.

Ramai tanya CikB takut tak orang pergunakan CikB. Tak. Bila kita berkawan dengan ikhlas, kita akan ikhlaskan semuanya. Kalau dihargai syukur, kalau tidak pun tak mengapa.

Menurutnya, dalam hubungan sesama manusia, keikhlasan adalah perkara utama dan dia memilih untuk tidak terlalu memikirkan jika ada pihak yang tidak menghargai dirinya.

Perkongsian itu turut mengundang reaksi positif dalam kalangan netizen yang memuji sikapnya yang tenang dan matang dalam menghadapi situasi sebegitu.

Malah, ramai turut memuji keikhlasan serta sikap pemurah Cik B yang sentiasa menghargai orang di sekelilingnya.

Komen netizen

Sumber: Threads Cik B