
Perkongsian personaliti media sosial, Cik B tentang surah Ad-Dhuha telah menyorot perhatian warganet.
Artikel Berkaitan: Safwan Nazri Terkedu, Harga Baju & Beg Cik B Lagi Mahal Dari Kereta
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Cik B Pakai Baju Kurung ‘Pink’ Raih Perhatian, Netizen Puji – ‘Alhamdulillah Suka Tengok, Ini Baru Betul Gadis Melayu’
Maksud surah
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamilleen Muhammad Amin dilihat sedang mengalunkan surah tersebut dan menjelaskan tentang maksudnya.
Allah tidak membenci kita, walaupun kita ini adalah pendosa.
Jika kita rasa hari ini, hari yang kurang bagus..akan ada hari yang lebih baik untuk kita kelak.
Surah Ad-Dhuha ini kisahnya tentang Nabi Muhammad SAW yang sedang bersedih dan depresi.
Menurut Cik B, surah itu merupakan surah kegemarannya dan sering diamalkan setiap masa.
Surah Ad-Dhuha selalu saya baca untuk rasa tenang dan meminta kepada Allah supaya permudahkan urusan saya, mama dan Kacak.
Surah ini memang power kalau kita rajin amalkan.
Didikan ibu
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan hasil didikan Datuk Seri Vida yang menerapkan ilmu agama kepada anak-anak.
Dalam pada itu, mereka juga mendoakan agar Cik B akan sentiasa istiqamah dan dapat menutup aurat dengan sempurna.
Bagus Datuk Vida mendidik anak, walaupun hidup mereka mewah tetapi agama tetap nombor satu.
Walaupun Cik B suka hip hop dan rap, tapi dia tak lupa baca Al-Quran dan tafsir.
Alhamdulillah, kita jangan pandang luaran sahaja. Semoga Cik B terus istiqamah.
Bagusnya awak, sebab itu saya tak pandang luaran tapi hati yang penting.
Tajwid Cik B boleh tahan bagus, insyaAllah boleh perbaiki lagi.
Sumber: TikTok







![[VIDEO] Budak 46 Beri Hadiah Istimewa Untuk Adik, Undang Sebak Netizen – ‘Betapa Ikhlasnya Dia’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/budak46.jpg)
![[VIDEO] Isu Hantaran RM1 Juta, Abiejam Terguris Hati Dengan Kenyataan Wak Doyok – ‘Saya Tak Pernah Minta Simpati’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/New-Latest-Default-Image-2026-08-17T171937.713.png)