
Pempengaruh media sosial, Cik Epal mendakwa telah dikasari sehingga cedera di bahagian mata oleh isteri bekas suaminya, Jofliam iaitu Emira Delyati Dewi.
Artikel Berkaitan: Dewi Dakwa Cik Epal Jadi Punca Bekas Suami Langgar Taklik? Keluar Rumah 6 Bulan Tanpa Nafkah – ‘Apa Yang Dikatakan Adalah Benar’
Artikel Berkaitan: Dewi Dedah Kurang Fasih Bahasa Melayu – ‘Lepas Ini Minta Jofliam Ajar Bagi Power’
Kena cakar
Menerusi hantaran di Instagram, insiden itu dipercayai berlaku sewaktu Cik Epal datang ke rumah pasangan berkenaan untuk mengambi barang-barang peribadi miliknya.
Difahamkan, rumah tersebut merupakan kediaman yang didiami Cik Epal dengan Jofliam sewaktu mereka masih berstatus suami isteri.
Betina hamak ini (Dewi) cakar dan lukakan mata aku.
Ini lah pasangan penyondol yang hamak barang-barang.
Pada perkongsian sama, Cik Epal turut memuat naik video pendek memperlihatkan dirinya bercakap dengan nada tegas ingin mengambil barangan miliknya namun Dewi dengan pantas menutup pintu.
Dapat dilihat juga kelibat Jofliam yang sedang berdiri di dalam rumah sambil mengarahkan isterinya segera menutup pintu.
Sumber: Instagram