Di Instagram, pempengaruh media sosial iaitu Cik Epal memberitahu hak penjagaan Han dan Yuki, diberikan sepenuhnya kepada dia selaku ibu.
Artikel Berkaitan: Jofliam Didakwa Mesej Mentua Suruh Merangkak Cari Di Akhirat, Cik Epal ‘Warning’ – ‘Kau Siapa Nak Sumpah Ibu Ayah Aku?’
Artikel Berkaitan: Cik Epal Buat ‘Report’ Polis, Minta Dewi Pulangkan Beg Harga RM12k – ‘Aku Sedekah Duda Aku Ja’
Dapat dekat aku
Meskipun hak penjagaan kedua-dua anak berpihak kepada ibu, Cik Epal berkata, dia bersedia untuk berbincang dengan bekas suami mengenai urusan penjagaan kedua-dua anak mereka.
Hak ibu sebagai penjaga termaktub dalam undang-undang. Alhamdulillah hak jagaan penuh Han dan Yuki dapat dekat aku. Namun kes hari ini aku telah bersedia berbincang dan demi kepentingan anak-anak, aku ketepikan bahawa duda aku burukkan aku depan anak, aku ketepikan hal aku diburuk-burukkan dan aku ketepikan fakta dia curang.
Ujar Cik Epal, Jofliam seorang bapa yang baik dan demi anak-anak dia sudah bersedia mencari rumah yang berhampiran dengan bekas suaminya itu.
Dia bapa yang baik. Dan aku tak bagi call sebab dia sentiasa akan gunakan pelbagai cara untuk rakam dan manipulasi keadaan.
Demi anak-anak, aku cari rumah dekat supaya duda aku boleh jumpa dan boleh gilir-gilir jaga. Boleh jumpa anak anak selalu. Sebab aku sayangkan anak-anak aku.
Aku harap lepas ni duda aku tak buruk-buruk kan aku lagi. Kalau tak, aku memang akan fight semula.
Tambah Cik Epal, apa yang dilakukan ini adalah untuk melihat anak-anak gembira.
Mengalah demi anak. Asalkan anak gembira dan punya ayah walaupun aku dibuang. Mama sentiasa sayang Han & Yuki.
Pada 9 Oktober lalu, Cik Epal mengumumkan berita perpisahannya dengan Jofliam selepas sedekad mereka melayari rumah tangga.
Sumber: Cik Epal