Usahawan dan pempengaruh, Yuti meluahkan rasa sedih apabila rakan seperjuangannya, Cik Epal dikecam gara-gara tidak pandai bertutur di hadapan kamera ketika siaran langsung (live) di TikTok.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bikin Panas! Cik Epal Bawa Han Gunting Rambut Dengan Bekas Suami Dewi? – ‘Someone Is Shaking’

Artikel Berkaitan: Pertikai Pakaian Anak-Anak, Netizen Minta Cik Epal Berhenti ‘Provoke’ – ‘Macam Dendam Bertingkat-Tingkat’

Sedih untuk Cik Epal

Menerusi perkongsian di Threads, Yuti akui terkesan apabila orang ramai membandingkan personaliti Cik Epal dengan orang lain apabila melakukan live untuk produk mekap tempatan pada Ahad.

Kata Yuti, pemilik nama Murni Mahmud itu sedang belajar untuk tidak nampak kekok bercakap di hadapan kamera.

Ada yang cakap dia nampak macam kena paksa, nampak kekok.

Tapi minta sangat kalian jangan menghakimi Cik Epal seperti itu.

Sebagai kawan, saya buat apa yang saya mampu seperti ajar dia cara bercakap, cara menjual sebab saya percaya, mungkin ini langkah pertama dia ke rezeki yang lebih besar nanti.

Nampak blur

Terdahulu, nama Cik Epal menjadi perdebatan hangat di media sosial selepas dikatakan kekok ketika sesi menjual produk mekap tempatan.

Kata netizen, walaupun rakan-rakannya telah datang memberi sokongan namun Cik Epal dilihat tidak memberi komitmen penuh meskipun telah dilantik sebagai duta produk itu hingga dilabel sebagai ‘slow’.

Sumber: Threads (1), (2)