berita

‘Cikgu Ajar Pun Dah Cukup’ – Pelajar Cemerlang 6A UPSR Tarik Perhatian Neelofa, Mahu Beri Reward!

November 22nd, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Semalam merupakan hari yang paling penting dan mendebarkan buat semua kanak-kanak berumur 12 tahun apabila keputusan UPSR mereka dikeluarkan Lembaga Peperiksaan. Justeru, dapat dilihat pelbagai perkongsian sama ada suka atau duka telah dibuat oleh ibu bapa dan guru tentang keputusan yang diperoleh anak-anak mereka.

Di Twitter, seorang guru berkongsikan sebuah kisah ringkas namun cukup mengharukan tentang seorang anak muridnya yang memiliki keputusan UPSR cemerlang sehingga ia menjadi tular.

Satu-satunya pelajar dapat 6A

Menerusi perkongsian yang dibuat di laman Twitter miliknya, guru tersebut menunjukkan gambar dia bersama anak muridnya, Odah. Menurutnya, Odah merupakan satu-satunya murid yang mendapat keputusan 6A di sekolah itu.

Guru yang bernama Syafaat itu memberitahu, anak muridnya itu merupakan seorang pelajar yang pandai, menghormati guru dan sering tersenyum dalam melakukan apa jua perkara.

Namun, apa yang lebih membanggakan, ketika mahu memberikan reward atas kejayaan Odah meraih keputusan yang sangat cemerlang, guru itu memberitahu bahawa pelajar tersebut menolak dengan ‘alasan’ yang sangat menyentuh hati.

Rahsia kejayaan Odah

Tambah guru ini, antara rahsia kejayaan Odah adalah kerana memiliki seorang ibu yang sangat supportive dalam menyokong pelajar itu untuk melakukan apa jua perkara.

Malah apa yang lebih mengharukan, pengorbanan ibu kepada Odah juga turut diceritakan apabila setiap hari ibu kanak-kanak tersebut dikatakan menemani anaknya bersarapan di sekolah.

Neelofa pun respon

Perkongsian guru itu tanpa disangka-sangka telah menjadi tular di laman Twitter. Malah apa yang mengejutkan, ia juga turut mendapat respon dan perhatian artis popular tanah air, Neelofa.

Neelofa dalam responnya berpendapat Odah sememangnya seorang kanak-kanak yang sangat merendah diri dan boleh dijadikan sebagai inspirasi.

Malah tidak terhenti di situ sahaja, pelakon serta pengacara popular itu berhasrat untuk memberikan kanak-kanak tersebut reward kerana telah menjadi seorang murid yang hebat.

Sumber: Twitter SyafaatNasir, Twitter Neelofa

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×