berita

Cikgu Berstatus Isteri Orang Ditangkap Berbogel, Rupanya Kantoi Buat ‘Projek’ Dengan Pelajar Dalam Kereta

April 16th, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Seorang guru bahasa Inggeris yang mengajar di Hamilton High School West di Trenton, Amerika Syarikat dituduh melakukan serangan seksual terhadap seorang pelajar lelaki.

Cikgu, pelajar bogel dalam kereta

cabul banduan

Memetik laporan NDTV, tertuduh yang dikenali sebagai Jessica Sawicki berusia 37 tahun bersama seorang pelajar lelaki ditemui dalam keadaan tidak berpakaian di dalam sebuah kereta, pada Ahad.

Difahamkan, mereka berdua melakukan hubungan seksual di bahagian tempat duduk belakang kereta milik pelajar terbabit yang dikatakan masih di bawah umur.

Menurut afidavit, Sawicki mengaku telah melakukan perbuatan tidak senonoh itu sebanyak lima kali sejak Disember tahun lalu.

Susulan daripada itu, tertuduh telah dihadapkan ke mahkamah dan didakwa atas lima pertuduhan serangan seksual tahap dua kerana mengancam kebajikan kanak-kanak.

Sawicki diberi cuti sementara dan pihak sekolah juga memberi kerjasama penuh ke atas siasatan berkenaan.

Sumber: NDTV

SKIP THIS AD ×