berita

‘Cikgu Bukan Orang Bodoh Macam..’ – Suhaimi Saad Puji 779 Guru Tolak Vaksin Di Johor

August 23rd, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebelum ini, Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tuanku Ismail Sultan Ibrahim meluahkan hasrat untuk berjumpa dengan 779 guru di negeri tersebut yang dipercayai menolak vaksin. Ketegasan baginda dalam memastikan rakyat di negeri tersebut segera mendapatkan vaksin lebih-lebih lagi sebelum sesi persekolahan bermula berjaya mencuri perhatian ramai.

Artikel berkaitan: ‘Aku Rela Mati Berbanding Membiarkan Agama Allah Dihina’ – Suhaimi Saad Kekal Pendirian Tolak Vaksin

Namun begitu, ada segelintir pihak yang merasakan tindakan guru-guru tersebut ‘bijak’ kerana enggan mendapatkan perlindungan daripada wabak Covid-19 ini.

Aku ‘respect’ 779 cikgu

Aku respect 779 cikgu cikgu Johor tu. Moga Allah bantu dan permudahkan urusan dia orang. Cikgu bukan orang orang bodoh macam kebanyakan netizen lembu.

Di Instagram, bekas penyanyi nasyid, Suhaimi Saad telah menyatakan rasa hormatnya kepada 779 guru tersebut kerana tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Tambahnya, hanya orang ‘bodoh’ sahaja yang akan mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan seperti mengambil vaksin demi melindungi diri daripada jangkitan Covid-19.

Kalau cikgu tolak, murid tak tahu berapa pula

Uishh ramai tu. Kalau cikgu 779 tolak, murid tak tahu la berapa pula. Kenapa la cikgu-cikgu ni nak tolak benda yang halal, suci dan selamat eh. Musykil juga.

Di samping itu, Suhaimi atau lebih dikenali sebagai Mosus turut musykil ramai pendidik menolak untuk mengambil vaksin. Tambahnya, berapa pula bilangan murid-murid yang akan menolak vaksin di kemudian hari.

Terdahulu, Suhaimi didakwa lantang menyuarakan pendapat berkenaan vaksin. Dia juga kerap kali menyuarakan pendirian dengan tidak meyakini vaksin Covid-19. Walau bagaimanapun, Suhaimi memberi amaran awal kepada pengikutnya untuk tidak ‘menyibuk’ jika mereka tidak bersetuju dengannya.

Sumber: Suhaimi Saad

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×