berita

Cikgu Fadli Enggan Orang Luar Masuk Campur ‘Tunggang’ Kes Dengan KPM – ‘Dia Nak Masuk, Saya Tak Layan’

October 17th, 2022 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila seorang guru dikenali Cikgu Fadli membuat pendedahan bahawa dirinya bakal dikenakan tindakan dibuang atas dakwaan salah laku semasa bergelar penjawat awam. Berikutan daripada isu tersebut, ramai pihak yang tampil ingin memberikan bantuan kepada guru terbabit.

Tak mahu orang luar masuk campur

Menerusi Facebook Cikgu Fadli, guru matematik ini enggan membiarkan Caprice masuk campur dalam isu yang berbangkit antara dirinya dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Difahamkan, Caprice sebelum ini pernah memuat naik satu IG story meminta dihubungkan kepada guru terbabit.

Dia nak masuk bang, tapi saya tak layan.

Hasil tinjauan di ruangan komen, Cikgu Fadli berkata dia ‘mahu lari’ sekiranya Caprice mencarinya. Rata-rata netizen meluahkan rasa yang sama dan tidak mahu penyanyi itu masuk campur dalam hal berkenaan dan sebaiknya diserahkan kepada pihak yang terlibat sahaja tanpa ada campur tangan orang yang tidak berkenaan.

Terdahulu, Cikgu Fadli berkata dia membantah keras jika ada pihak mahu mengambil kesempatan di atas perkara yang sedang viral membabitkan isu dibangkitkannya. Tambahnya, dia tidak akan berkerjasama dengan pihak tertentu terutama parti politik dalam mendepani Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Saya dari dulu tidak pernah aktif dalam dunia politik, tidak pernah terlibat sebagai ahli mana-mana parti dan tidak berminat. Saya hanya jalankan tanggungjawab seorang rakyat sebagai pengundi setiap kali tiba musim mengundi.

Di samping itu, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin turut meluahkan hasrat mahu berjumpa guru berkenaan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkara yang di bangkitkan.

Sumber: Mohd Fadli Salleh

SKIP THIS AD ×