berita

Cikgu Nampak Anak Murid Kena Pukul Dengan Kayu Masa Kelas Online, Bila Tanya Si Bapa..

November 6th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Seorang lelaki berusia 41 tahun telah ditahan oleh pihak polis kerana disyaki memukul anak perempuannya ketika sesi pembelajaran atas talian berlangsung. Lebih menyayat hati apabila mengetahui mangsa yang berusia 12 tahun itu dipukul di bahagian belakang mangsa menggunakan sebatang kayu.

Cikgu nampak anak murid dipukul

Menerusi laporan yang dipetik daripada Malaysiakini, kejadian yang berlaku di Seksyen 8, Petaling Jaya itu turut disaksikan oleh seorang guru yang sedang membuat kelas online pada ketika itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, guru sekolah rendah terbabit kemudian segera membuat laporan polis berhubung kejadian.

Guru sekolah tersebut melihat mangsa dipukul oleh suspek dengan menggunakan sebatang kayu atau tongkat di bahagian belakang mangsa ketika kelas (dalam talian) sedang berjalan di rumah mangsa di Jalan SS4D/9 di Kelana Jaya, Petaling Jaya, Sabtu lalu (31 Okt).

Suspek ditahan polis

Difahamkan, hanya kerana mahukan anak perempuannya itu lebih fokus ketika sesi pembelajaran, maka si bapa tergamak memukul mangsa menggunakan kayu. Oleh hal yang demikian, suspek telah ditahan oleh pihak polis.

Suspek yang tidak mempunyai sebarang rekod lampau walau bagaimanapun mengaku telah memukul mangsa. Tetapi disebabkan faktor kesihatan, suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sudah melakukan penilaian terhadap mangsa dan membuat keputusan kanak-kanak berkenaan diserahkan semula kepada keluarganya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sumber: Malaysiakini, Sinar Harian

SKIP THIS AD ×