Seorang guru di Sekolah Menengah Kejuruan (SMK) Negeri 1 Batam, berdepan tindakan undang-undang selepas didakwa melakukan gangguan seksual terhadap pelajarnya sendiri.

Artikel Berkaitan: Ustaz Cabul, Paksa Anak Angkat & Anak Saudara Buat Hubungan Seks

Artikel Berkaitan: Budak 6 Tahun Menangis, Mengadu Kemaluan Merah & Sakit..Rupanya Dicabul Bapa Tiri Masa Ibu Keluar Kerja

Cikgu cabul pelajar

Tertuduh iaitu MJ, 33, yang merupakan seorang guru agama di Indonesia didakwa memaksa pelajarnya untuk melakukan hubungan seks luar tabii (sodomi) ke atas dirinya selepas tamat sesi persekolahan.

Menurut maklumat yang diperoleh, kejadian jijik itu berlaku pada 6 Januari lalu sekitar jam 5.00 petang di dalam bilik guru.

Siasatan awal mendedahkan bahawa MJ menggunakan kedudukannya sebagai guru untuk memanggil pelajar yang mempunyai masalah disiplin ke bilik kerjanya.

Rakaman litar tertutup (CCTV) menunjukkan MJ membawa pelajar berkenaan ke ruangan tersebut semasa ketiadaan guru lain.

Selepas seorang pelajar tingkatan empat tampil membuat laporan, pihak sekolah mula menjalankan soal selidik dalaman bagi mengenal pasti jika terdapat mangsa lain.

Kami menjalankan kaji selidik terhadap 50 responden dan menerima pelbagai laporan mengejutkan.

Ada pelajar yang mengadu paha dicubit, badan diraba, malah ada yang mendakwa kemaluan mereka dipegang oleh suspek.

Difahamkan, suspek sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai tiga orang cahaya mata serta telah mengajar di sekolah berkenaan sejak tahun 2023.

Orangnya sopan dan ramah. Kami di pihak sekolah langsung tidak mempunyai prasangka buruk atau kecurigaan terhadapnya sebelum ini.

Setakat ini, pihak polis dari Balai Polis Batuaji masih menjalankan siasatan terperinci dan belum mengeluarkan kenyataan rasmi lanjut mengenai status penahanan suspek.

Sumber: Metropolis Batampos