berita

Cinta Bukan Hanya Di Mata, Cinta Hadir Di Dalam Jiwa. Saleem Sudah Tiada

October 14th, 2018 | by faris
Kini Trending

Berita pemergian Saleem pernah viral namun ternyata palsu sehingga mendorong Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) mengeluarkan kenyataan menafikan perkara itu.

Namun, pagi Ahad ini, negara dikejutkan dengan perginya penyanyi vokalis Iklim itu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras, di sini pada jam 6.30 pagi tadi.

Otak bengkak, sukar bernafas

Saleem meninggal setelah 22 hari dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) PPUKM disebabkan kemalangan jalan raya di Cheras, September lalu.

Menurut anak bongsunya, Muhammad Amirul Mukmin, arwah bapanya berada dalam keadaan kritikal sejak semalam.

Akibat hentakan kuat ketika kemalangan, otaknya bengkak, sekali gus menyukarkan penafasannya. Selepas koma hampir dua minggu, arwah mula sedar, tetapi keadaannya semakin lemah.

Kritikal 5.30 pagi tadi

Tambah Amirul, mereka sekeluarga boleh melihat perubahan pada arwah walaupun arwah kelihatan ceria.

Walaupun kelihatan ceria, kami nampak banyak perubahan pada arwah terutama apabila bibirnya berubah pucat. Doktor mengambil keputusan menidurkannya kerana arwah mengadu mengalami sakit kepala yang amat sangat apabila sedar.

Doktor menghubungi keluarga pada jam 5.30 pagi tadi kerana arwah dilaporkan kritikal.

Arwah terpaksa diberikan bantuan kecemasan, tetapi menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 6.30 pagi.

Kami reda dengan pemergian arwah kerana sudah bersedia dengan segala kemungkinan selepas melihat keadaannya yang semakin kritikal.

Jenazah dibawa ke Masjid As-Syakirin di Bukit Mahkota, Cheras untuk diuruskan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bukit Kiara.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×