berita

Cinta Ditolak Janda Muda, Lelaki Balas Dendam Bunuh Anak Teman Wanita

June 7th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Gara-gara cinta ditolak janda, seorang lelaki, AR, 56, tergamak membunuh anak wanita berkenaan yang berusia lima tahun di dalam sebuah bilik hotel di Kabupaten Bungo, Jambi, Indonesia.

Cinta ditolak janda

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Tribun News, suspek bagaimanapun telah ditahan di penjara dan boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup atas dakwaan membunuh seorang kanak-kanak. Difahamkan, sebelum insiden itu berlaku suspek sempat mengajak mangsa untuk keluar dan berjanji untuk membeli mercun.

Mangsa ketika itu, sama sekali tidak mengesyaki niat buruk suspek sebelum dicekik pada bahagian leher. Hasil bedah siasat mendapati terdapat kesan lebam pada badan dan leher mangsa.

Suspek tidak mahu membelikan mangsa mercun sebaliknya membawa mangsa ke hotel. Di hotel itulah suspek membunuh mangsa dengan cara mencekik leher mangsa.

Selepas membunuh mangsa, suspek kemudiannya bertindak meminum racun tikus dan berniat untuk membunuh diri. Namun perancangan tersebut sama sekali tidak membuahkan hasil sebelum dia bertindak menyerah diri ke balai polis.

Motif kejadian tersebut adalah rasa cinta suspek yang mendalam suspek kepada ibu mangsa dan dia sebelum ini sering kali gagal dalam percintaan.

Sumber: Tribun News

SKIP THIS AD ×