Persatuan Cinta Gaza Malaysia kongsi jumlah dana yang disalurkan oleh beberapa orang usahawan dan individu terkenal yang menyumbang wang bagi bantuan kemanusiaan ke Palestin.

Artikel Berkaitan: ‘Kami Tak Mampu Lihat Dunia Dengan Mata Tapi Kami Rasa Semangat & Harapan Mereka’ – Caliph Buskers

Artikel Berkaitan: Pinn Yang Sumbang RM30,000 Buat Persatuan Cinta Gaza

Untuk Gaza

Menerusi perkongsian di Instagram, Cinta Gaza Malaysia mendedahkan jumlah sumbangan mereka iaitu Rozeyna Empire Sdn. Bhd. (RM100,000), Pertubuhan Kebajikan At-Tanwiriah Malaysia (RM50,000), Cubre Mi Sdn. Bhd. (RM50,000), Mohamad Anas Zahrin / Annas Easkey Empire (RM50,000) dan Pinn Yang (RM40,000).

Dalam masa yang sama, pihak Cinta Gaza Malaysia juga mengucapkan terima kasih dan penghargaan terhadap mereka yang sudi menyumbang sejumlah wang demi menjayakan misi kemanusiaan untuk penduduk di Palestin.

Dari segenap pelusuk Malaysia, tanpa mengira bangsa, agama atau latar belakang, anda semua bersama kami dalam misi terkini bersama Sumud Nusantara.

Tanpa sumbangan anda, misi ini takkan pernah berlayar.

Kepada semua para penderma, kami merakamkan setinggi-tinggi jutaan terima kasih.

Sumbangan anda bukan sekadar angka, ia adalah nadi di sebalik setiap usaha bantuan. Ia adalah bukti bahawa semangat kemanusiaan dan perpaduan yang masih hidup di negara ini.

Inilah Malaysia, inilah erti sumud, keteguhan yang tidak pernah goyah.

Pilih barang lokal

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan keikhlasan mereka dalam membantu saudara sesama Islam di bumi Palestin, malah menyatakan hasrat akan terus menyokong produk lokal.

Sebelum ini, media melaporkan seramai 23 sukarelawan warganegara Malaysia telah menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) antaranya Nurul Hidayah Mohd Amin (Ardel Aryana), Zizi Kirana, Zulfadhli, Rusydi Ramli, Musa Nuwayri, Muaz Zainal, Haikal Abdullah, Iylia Balqis, Sul Aidil, Norfarahin Romli (Farah Lee) dan ramai lagi.

Untuk info, kesemua sukarelawan GSF yang ditahan oleh pihak Israel telah dibebaskan selepas ditahan sejak 2 Oktober lalu dan selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA1) pada 7 Oktober.

Sumber: IG Cinta Gaza Malaysia