Malang buat seorang wanita selepas dia dikatakan telah menjalinkan hubungan cinta dengan seorang individu yang menyamar sebagai seorang lelaki.
Artikel Berkaitan: ‘Diperdaya’ BF Hingga Terlanjur & Hamil, Ramai Terkejut Baca Pendedahan Gadis Ini Di Tiktok
2 tahun jalin hubungan
Memetik laporan Mirror UK, wanita itu mendakwa sudah dua tahun menjalin hubungan cinta dengan ‘kekasihnya’ itu dan pernah dua kali terlanjur melakukan hubungan seks.
Menurut pendakwa raya yang menguruskan kes mereka, pasangan tersebut difahamkan berkenalan secara dalam talian pada akhir 2016 selepas tertuduh yang dikenali sebagai Blade Silvano, 40, memuat naik statusnya di sebuah ruang mencari teman wanita.
Mereka kemudiannya berjumpa buat kali pertama pada Disember tahun tersebut sebelum terlanjur melakukan hubungan seks sebanyak dua kali.
Dalam keterangan, mangsa memberitahu ‘teman lelakinya’ itu menggunakan nama Blade Mendez dan memberitahu polis dia tidak pernah bersetuju untuk melakukan hubungan seksual dengan seorang wanita.
Menurut Michael Hillman yang menjadi wakil pihak pendakwaan, Silvano berjaya memperdaya wanita berkenaan dengan cara menggunakan ‘barang tidak diketahui’ dan sentiasa memakai baju T.
Difahamkan, penipuan yang dilakukan Silvano itu terbongkar selepas perancangan mereka untuk berkahwin tidak dapat diteruskan atas alasan ‘penyakit’ yang dialami Silvano.
Silvano kini dibicarakan di Mahkamah Mahkota Cambridge dan menafikan dua pertuduhan dikenakan terhadapnya.
Sumber: The Mirror