berita

Cinta Orang Bunian Dengan Manusia – Adaptasi Drama Black Buat Penonton Teruja!

December 27th, 2019 | by Epul
Shout Out!

Kalau drama kat televisyen, selalunya kita mesti dihidangan dengan plot kena kahwin paksa, datuk kena handle projek berjuta-juta atau perempuan miskin jatuh cinta dengan lelaki kaya. Klise sangat semua tu, sampai jalan cerita pun dah boleh agak. Bila jumlah tontonan berkurang mulalah kata tak support industri tempatan.

Tapi, korang tahu tak tentang satu aplikasi streaming atas talian, Viu? Laman penstriman yang memfokuskan drama Asia dari Korea Selatan, Hong Kong, China dan Malaysia pun ada juga tau. Apa yang menariknya, siri original tempatan (drama) yang diterbitkan di Viu sangat berbeza. Larilah daripada tipikal drama Malaysia!

Adaptasi drama Black ikut acuan tempatan!

Bagi memberikan kelainan kepada pengemar cerita tempatan, Viu Malaysia sentiasa memvariasikan siri yang diterbitkan. Selepas sambutan hebat siri Keluarga Baha Don, kini Viu tampil dengan siri terbaru Black. Kalau korang peminat k-drama korang mesti familiar dengan tajuk ni kan?

Menggunakan tajuk yang sama, siri adaptasi drama Korea ini telah pun dilokalkan dengan menggabungkan Mitologi Melayu supaya bersesuaian dengan kepercayaan masyarakat negara ni. Siri ini hanya akan ditayangkan secara eksklusif di Viu dan dibintangi oleh pelakon popular seperti Kamal Adli, Siti Saleha, Nabila Huda, Zoey Rahman dan ramai lagi.

Kamal Adli jadi orang bunian?

Macam yang korang tau, siri asal Black merupakan kisah sebuah drama fantasi cinta-seram mengenai Grim Reaper (Song Seung-heon) yang memasuki dunia manusia dan jatuh cinta dengan seorang wanita.

Tapi versi Malaysia ni lain sikit, konsep grim reaper telah ditukar kepada orang bunian (makhluk ghaib dari dimensi lain). Watak orang bunian yang bernama Black dalam siri ini dilakonkan oleh Kamal Adli. Black dalam satu misi yang menyebabkan dia terpaksa ke alam manusia untuk mencari rakannya yang sedang diburu.

Melanggar peraturan orang bunian, Black telah menghuni badan Malik, seorang pegawai polis yang telah mati dan menggunakan identiti Malik untuk memudahkan siasatannya. Jalan cerita menjadi lebih menarik apabila Black yang membenci manusia kerana cara primitif mereka telah terjatuh hati dengan Sofia lakonan Siti Saleha, seorang wanita yang berupaya meramalkan kematian.

Apa pengakhiran cinta dengan orang bunian?

Dipertengahan cerita ini, korang boleh tengok macam mana Black kecewa dengan dirinya kerana mula jatuh cinta dengan Sofia dan mampukah mereka kekal bersama kerana ia menjadi larangan di alam bunian untuk bercinta dengan manusia. 

Di samping percintaan terlarang ni, satu kes pembunuhan yang tidak dapat diselesaikan lebih 20 tahun telah membawa mereka kembali kepada kisah silam yang dikongsi bersama. Fuhh! Lain macam betul. 

Jom Viu-ers, saksikan kesudahan Black hanya di Viu!

Haa.. Macam mana, korang mesti teruja kan nak tengok kesudahan kisah cinta terlarang Black dan Sofea serta apakah kisah silam yang mereka kongsikan tu?

Kalau korang nak saksikan siri Black ni jangan lupa tonton di Viu. Kalau korang takde aplikasi ni, cepat-cepatlah muat turun secara percuma di App Store atau Google Play Store

Korang boleh saksikan 4 episod pertama siri Black ni secara percuma, manakala lagi 4 episod kalau nak tengok korang kenalah subscribe dulu Viu premium okay!

Jangan risau yuran bulanan Viu premium ni hanya RM 10 je sebulan. Selain tu, terdapat banyak lagi tawaran yang lebih rendah bergantung kepada jenis pembayaran yang korang pilih.

Nak tau lebih lanjut tentang pakej pembayaran yang ditawarkan oleh Viu? Korang boleh check semua ni di bahagian pembayaran di aplikasi Viu korang.

Jom download Viu, untuk strim pelbagai filem atau muat turun rancangan drama serta TV kegemaran korang, di mana dan pada bila-bila saja!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×