Tak ada angin tak ada ribut, pasangan yang sedang hangat bercinta, penyanyi, Shila Amzah dan pempengaruh media sosial, Ubai didakwa sudah pun berpisah dan tidak mempunyai apa-apa hubungan.
Artikel Berkaitan: Ubai Selamat Jalani Pembedahan Kecil, Shila Amzah Syukur Bakal Suami Tak Hilang Ingatan
Dedikasikan ucapan istimewa buat Ubai
Menerusi satu hantaran di Instagram, Shila memuat naik sekeping gambar bersama beserta satu ucapan istimewa yang didedikasikan buat pempengaruh berusia 25 tahun itu.
Terima kasih untuk lima bulan yang terindah. Awak telah menjadi pasangan yang sangat baik untuk saya, terima kasih kerana menunjukkan kasih sayang awak.
Saya mendoakan yang terbaik untuk awak, saya doakan awak dimurahkan rezeki, dan semoga awak dapat segala Apa yang awak hajati Ubai. Terima kasih untuk segalanya.
Saya akan ingat memori ni sampai bila-bila.
View this post on Instagram
Tulisan Shila itu menjadi tanda tanya dalam kalangan netizen yang mendakwa hubungan kedua-dua mereka sudah pun terputus di tengah jalan.
Reaksi netizen
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen tertanya-tanya mengenai status hubungan Shila dan Ubai. Malah, ada juga yang mengatakan bahawa hantaran tersebut merupakan petanda untuk mereka melangsungkan perkahwinan.
Sumber: Instagram