berita

Cipta Parti Politik, Manifesto Terbaik Untuk Rakyat Malaysia Menerusi Hackathon Politik Sekarang

April 5th, 2021 | by Wan
Shout Out!

Foto: SCM Southern Corridor Malaysia

Pernah tak anda terfikir bagaimanakah scenario politik negara jika peluang dan ruang yang sama rata diberikan kepada semua rakyat Malaysia khususnya anak muda? Apakah akan wujud polisi-polis baru ‘luar kotak’ yang boleh membantu rakyat, memperkasakan ekonomi negara sekaligus meletakkan negara kita kembali gah di mata dunia?

Cipta parti sendiri

Bertitik tolak dari itu, Architects of Diversity akan menganjurkan satu eksperimen sosial untuk memperbaharui rupa bentuk landskap parti politik. Peserta yang terdiri daripada belia berumur 18 hingga 80 tahun akan bersaing untuk mereka cipta parti politik yang inklusif serta berkhidmat untuk seluruh rakyat Malaysia. Menerusi Hackathon ini, peserta akan berpeluang membentuk manifesto parti, kempen pilihan raya, serta membahaskan idea mereka dan bertanding dalam pilihan raya umum yang disimulasikan di mana parti yang memenangi kawasan terbanyak akan dinobatkan sebagai juara hackathon.

Hackathon bertujuan mencabar pemuda Malaysia untuk membuat pendekatan politik yang baharu dan inklusif di samping membuat pertimbangan pelbagai kekangan dalam lanskap pilihan raya Malaysia. Sepanjang acara ini, para peserta dapat bekerjasama dan menilai idea politik mereka secara kritikal dengan harapan dapat memupuk satu generasi pemikiran politik inklusif yang baharu.

Jason Wee, pengasas bersama Architects of Diversity dan Pengarah Hackathon Politik berharap agar program ini mampu mencetuskan generasi pemikiran politik dan sosial baharu yang mampu mengambil hati semua rakyat.

Empat fasa penting

Hackathon Politik akan dibahagikan kepada empat fasa. Pada fasa pertama, peserta Hackathon akan menjalani bengkel selama 4 hari untuk memperdalamkan pemahaman mereka mengenai politik, dasar kerajaan dan isu-isu sosial Malaysia. Pada fasa kedua pula, peserta akan membentangkan dan mempertahankan strategi dan manifesto parti mereka secara berpasukan kepada pemimpin muda Malaysia dalam acara “Dragon’s Den”. Pembentangan akan dinilai berdasarkan kualiti-kualiti daya maju, inovatif, inklusif dan potensi berkesan.

Lima parti terbaik akan dipilih sebagai pasukan terakhir untuk tempoh kempen Hackathon. Para pasukan terakhir akan membuat kempen pilihan raya dan bertanding dalam debat gaya Presiden secara maya, di mana wakil-wakil akan membuat pembentangan kedudukan mereka mengenai pelbagai isu dasar seperti imigresen, pendidikan dan pembangunan sosio-ekonomi.

Di fasa keempat, para pasukan terakhir akan bertanding untuk meraih undi daripada sampel perwakilan rakyat Malaysia. Pasukan yang berjaya mendapat sokongan terbanyak dari 33 kawasan pilihan raya adalah pemenang. Pengundi dari 30 daripada 33 kawasan ini akan diambil melalui syarikat kaji selidik untuk mereplikasi lanskap pengundi Malaysia.

Mohon sekarang

Hackathon Politik terbuka kepada semua belia Malaysia berumur 18-30 tahun. Permohonan dibuka dari 1-21hb April 2021 melalui https://hackathonpolitik.xyz/. Permohonan boleh dibuat secara individu atau berpasukan seramai 5 orang ahli.

Hackathon Politik juga menawarkan peluang istimewa untuk orang ramai yang berminat untuk mendaftar sebagai pengundi awam melalui laman web Hackathon Politik sekarang. Pengundi awam akan dibahagikan secara rawak kepada 3 kawasan pilihan raya dan akan mengemukakan undi mereka atas talian pada 12hb Jun 2021 nanti.

https://www.facebook.com/140301049978931/videos/513071113013517

SKIP THIS AD ×