berita

Cipta Sejarah & Kutip RM12.92 Juta – Filem Cina Tempatan, The Journey, Tapau Filem Melayu

February 25th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

metd_na_0702_pg21c

Salah satu babak dalam ‘The Journey’ di mana Benji buat pertama kali menaiki motor bersama gadis

Cuba anda bilang dan senaraikan beberapa buah filem tempatan, terutamanya filem Melayu yang berjaya mengutip pulangan melebihi RM10 juta?

Usah kata RM10 juta, kutipan semula modal filem pun kadang-kala hanya cukup-cukup makan. Walaupun agak pahit, inilah realiti yang terpaksa ditelan oleh penggiat filem tanah air.

Namun, bagaikan superhero, filem The Journey menyaksikan kutipan pecah panggung apabila berjaya mencatat jumlah jualan RM12.92 juta sepanjang 25 hari tayangannya di pawagam seluruh Malaysia.

Dengan sentuhan magis pengarahnya, Chiu Keng Guan, filem berbahasa Cina ini telah merampas takhta milik filem KL Gangster yang mendapat kutipan sebanyak RM11.74 juta pada tahun 2011.

Screen-Shot-2014-02-24-at-11.22.02-PM

‘The Journey’ mula ditayangkan pada 30 Januari lepas dan ianya membawa kisah percintaan 2 budaya berbeza antara Bee dan Benji. Walaupun percintaan mereka ditentang hebat oleh ayah Bee (Uncle Chuan) yang bersikap konservatif, mereka tetap berusaha membuktikan bahawa budaya dan adat resam tidak mampu memisahkan mereka.

Menariknya, ia merupakan satu perkara yang agak menakjubkan apabila dalam keadaan industri perfileman yang agak lembap ini, filem berunsur cinta dan kekeluargaan itu berjaya menarik perhatian orang ramai untuk melaburkan wang mereka di panggung wayang.

Tidak cukup dengan itu, ‘The Journey’ turut menjadi bualan pengkritik dan peminat di laman sosial.

Screen-Shot-2014-02-24-at-4.34.57-PM

Antara komen positif mengenai ‘The Journey’ yang ditulis di laman sosial

Apakah sebenarnya intipati yang diadunkan oleh pengarah ini sehingga mampu mencatat kutipan setinggi itu? Tambahan pula, ianya merupakan sebuah filem berbahasa Cina yang dikira agak kurang mendapat publisiti media, apatah lagi dana-dana yang membantu pembikinan filem mereka.

Malah, tidak seperti filem-filem Melayu yang sering mempertaruhkan nama besar bagi tujuan promosi, ‘The Journey’ tetap meletup walaupun menampilkan artis yang tidak dikenali ramai.

Jadi, dimanakah sumbangnya langkah filem Melayu sehinggakan ianya sukar diterima masyarakat? Nafi bersikap rasis, namun mampukah pengarah tempatan menerima kenyataan jika filem bahasa Melayu mereka dikatakan sudah di’tapau’ oleh kehebatan filem bahasa Cina?

Cuba kita imbas kembali di zaman kegemilangan filem Melayu Jalan Ampas dahulu. Seniman agung negara, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee telah berjaya meledakkan namanya bukan sekadar di dalam negara, malah berjaya menggondol beberapa anugerah di peringkat antarabangsa. Lebih mengujakan, filem-filem lakonan Allahyarham masih ditonton sehingga kini.

Screen-Shot-2014-02-24-at-11.34.18-PM

Antara filem Allahyarhan Tan Sri P.Ramlee yang masih dianggap menghiburkan

Namun kini, realitinya penulis sendiri pun mengakui agak lokek untuk mengeluarkan wang menonton filem tempatan di panggung wayang berikutan telah beberapa kali berasa hampa dan rugi besar kerana menonton cerita yang boleh diklasifikasikan sebagai ‘filem sampah’.

Malah, kebiasaannya filem-filem ini kemudiannya akan dapat ditonton secara percuma menerusi rancangan khas hari raya di stesyen televisyen swasta. Setuju atau tidak?

Bukan mahu mengutuk karya anak tempatan, namun kebanyakannya nyata membuatkan penulis pulang dengan beribu sesalan di hati. Disebabkan itu, penulis lebih rela melaburkan duit untuk disajikan dengan filem barat yang sudah tentu berbaloi.

Ya, penulis bukanlah seorang pembuat filem. Namun, harus diingat bahawa penulis berkata-kata sebagai seorang penonton.

Mana taknya, jalan cerita filem Melayu sering berkisarkan tentang kisah cinta, seram, komedi dan gangster. Tidak salah jika mahu bermain sekitar konsep yang sama, namun garapan jalan cerita harus dilakukan dengan lebih bijak supaya ianya tidak kelihatan seperti filem ‘janji siap’ sahaja.

Lambakan-komedi-romantik-630x472

Lambakan filem Melayu berkisarkan kisah cinta dan seram

Tidak menyalahkan pengarah semata-mata, peminat filem tempatan juga dilihat gemarkan cerita ringan berbanding filem yang mengandungi maksud tersirat. Buktinya, walaupun mempunyai jalan cerita yang cantik, filem ‘Kil’ dan ‘Kolumpo’ masih gagal memenangi hati si pembayar tiket.

Filem Melayu jelas mempunyai kelebihan daripada segi demografi penonton dan kehendak pasaran semasa jika dibandingkan dengan filem Cina, cumanya barisan pengarah filem handalan ini perlu mengkaji apakah faktor utama yang mampu membuatkan sesebuah filem itu terkesan di jiwa penonton.

Bak kata pepatah ‘Filem Kita, Wajah Kita’. Oleh itu, penggiat filem Melayu harus bangkit segera dan mencari solusi paling tepat, sekaligus memberi sinar baru dalam industri perfileman Malaysia. Mari kita lihat trailer rasmi filem pecah panggung ini!

Kredit foto: The Borneo Post Seeds

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×