berita

‘Cium Dahi Saya Sehingga Pakaian Saya Berwarna Putih’ – Ucapan Anniversary Isteri Lan Solo

December 5th, 2019 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Siapa sangka pada mulanya mereka hanya berkawan, kini sudah bergelar suami isteri dan dikurniakan empat cahaya mata. Demikian situasi gembira yang dikongsikan isteri kepada penyanyi Lan Solo iaitu Sheila Razlan menerusi Instagramnya sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-10.

10 tahun yang bahagia

Cium lah dahi saya sehingga pakaian saya bewarna putih semuanya. 10 tahun yang terbahagia. Kehidupan yang serba sederhana. Kita ciptakan impian sama-sama. Adakala kita ikat perut tanpa pengetahuan sesiapa. Tak mudah untuk kite terima hakikat ada ketika, tapi Alhamdulillah. Impian sedekad perkahwinan, Allah izinkan untuk kita punya harta untuk diwarisi kepada anak-anak kita.

Tak siapa pun tidak pe, kite perlahan-lahan kayuh. Sampai la satu masa, kita bisa tutup mata dengan lena, bila mana semua yang kita usaha teguh berdiri depan mata. Buat anak-anak mommy daddy, biar kita tidak kaya harta dunia, tapi satu masa kita disanjung kerna budi bahasa dan jasa. Untuk yang di luar sana, tak kan tak faham lagi kan? Tiada 18 mahupun 19 ya. Sebab dah 20 tahun total kami bersama. Auranya MasyaAllah. Happy Anniversary LOVE!

Menerusi Instagram Sheila, dia berkongsi ucapan khas buat suami tercinta dan anak-anak tersayang. Menurutnya, perkahwinan yang sudah sedekad ini banyak mengajar mereka tentang erti rumah tangga. Pada masa yang sama, pelbagai suka dan duka berjaya mereka tempuhi bersama.

18 kali nak cari shot cantik

https://www.instagram.com/p/B5rLZf7JniT/

Menerusi Instagram Lan, dia turut mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-10 buat isteri tercinta. Para peminat dan netizen turut membanjiri ruangan komen dan meninggalkan ucapan selamat ulang tahun buat Lan dan isteri.

Ciplak tagline ustaz ni

Sumber: Sheila Razlan & Lan Solo

https://www.instagram.com/p/B5ryWF0g5-0nGMLoklN7YQ08ieNGdjyStc39vc0/

https://www.instagram.com/p/B5ryWF0g5-0nGMLoklN7YQ08ieNGdjyStc39vc0/

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×