berita

CL Gubah Lagu Sendiri Untuk Album Terbaru 2NE1, Crush

February 27th, 2014 | by Ai
Kini Trending

2ne1

Jika diperhatikan strategi pemasaran industri muzik di Korea, kebanyakan artis-artis K-Pop dilihat mempunyai produk terbaru setiap tahun terdiri daripada single dan album.

Tidak ketinggalan, salah satu kumpulan digemari ramai, 2NE1, juga telah melancarkan album terbaru mereka selepas single berbahasa Inggeris, Take The World On yang merupakan kolaborasi dengan penyanyi Hollywood, Will.i.am mendapat sambutan hangat tahun lepas.

Untuk pengetahuan anda, album berjudul Crush itu menampilkan tiga buah lagu yang digubah sendiri oleh CL termasuklah lagu Come Back Home.

2NE1-Crush-Feature

Pertama kali mendengar lagu tersebut, boleh dikatakan konsep muzik yang digunakan oleh 2NE1 sedikit berbeza dengan karya mereka sebelum ini dan lebih catchy.

Disebabkan muzik video untuk lagu-lagu di dalam album terbaru mereka belum siap sepenuhnya, di bawah ini kami sertakan track yang dimuatkan di dalam Crush. Semoga terhibur!

×