berita

Club Med Cherating, Destinasi Percutian Terbaik Seisi Keluarga

November 21st, 2013 | by Ai
Travelogue

_DSC8330

Kebiasaannya setiap kali hujung tahun tiba, ibu bapa berlumba-lumba mendaftarkan anak mereka mengikuti aktiviti perkhemahan, seminar dan sebagainya.

Al-maklumlah, cuti sekolah yang panjang tidak semestinya memberi lesen kepada kanak-kanak untuk berhibur, apatah lagi jika mereka dibesarkan oleh ibu bapa yang bekerja.

Aktiviti sedemikian dipercayai mampu membuatkan ibu bapa menarik nafas lega kerana selain kebajikan seperti makan, minum dan keselamatan terjaga, anak-anak juga mendapat pendidikan tambahan.

CHEC_E109_027

Bagaimanapun, tidakkah pembaca di luar sana yang bergelar ibu dan ayah terdetik untuk menghabiskan masa berharga dengan anak-anak anda di musim cuti persekolahan ini?

Bila ditanya soalan begitu, ramai mengatakan percutian pada musim-musim begini amat meletihkan kerana destinasi percutian yang popular di kalangan kanak-kanak seperti zoo, taman tema air, dan pulau dibanjiri dengan pelancong di samping isu tempahan bilik hotel yang terhad.

Namun bak kata pepatah, nak seribu daya, tak nak seribu dalih, betul tak? Dengan kemunculan beberapa kemudahan yang telah diperbaharui oleh Club Med Cherating Beach Resorts, ibu bapa pastinya tiada sebab untuk memberi alasan kepada anak-anak mereka lagi.

CHEC_E109_109

Tidak hanya menyediakan ruang keseronokan untuk pengunjung dewasa, Club Med juga telah menambah-baik hospitaliti mereka dengan mewujudkan aktiviti khusus untuk kanak-kanak.

Menerusi inovasi terbaru ini, Club Med menawarkan perkhidmatan Baby Club with Splash Park untuk menjaga bayi berumur dari 4-23 bulan sementara ibu bapa menikmati aktiviti percutian mereka di dalam resort yang sama dengan penuh ketenangan.

Selain daripada itu, si kecil dan anak remaja juga berpeluang mengikuti aktiviti luar yang dianjurkan oleh Mini Club (4-11 tahun) dan Pass World (11-17 tahun) untuk mengenali hidupan liar dengan lebih dekat menerusi Jungle Walk, Turtle Sanctuary, Clean Art Planet dan sebagainya.

_DSC7586

Manakala bagi ibu bapa yang menginginkan suasana lebih rileks, anda boleh mengunjungi salah satu tempat rehat baru di Club Med dikenali sebagai Zen Space.

Untuk pengetahuan anda, Zen Space yang terletak di sebelah lain resort berkenaan hanya boleh dimasuki oleh orang dewasa sahaja bertujuan untuk mewujudkan aura damai di kalangan pengunjung.

Dilengkapkan dengan mini bar berhampiran kolam mandi yang menghadap Laut China Selatan, pengunjung boleh menikmati minuman mereka sambil berjemur dan menikmati kehindahan semulajadi.

_DSC7203

Meskipun Club Med dikenali dengan destinasi percutian ala barat, namun ia masih mengekalkan konsep ketimuran dengan membuka sebuah restoran baru diberi nama Noodle Bar di cawangan resort Cherating untuk memenuhi kehendak pengunjung tempatan.

Bagi pengunjung berjiwa lasak, Club Med Cherating yang turut digelar Eco-Nature Resorts juga menawarkan beberapa aktiviti seperti Jungle Walks, Treetop Challenge, Rock Climbing, Archery dan banyak lagi.

Pakej percutian lengkap yang merangkumi penginapan, makan, pengangkutan pergi dan balik, aktiviti menarik dan persembahan hiburan di malam hari ini semestinya tidak akan mengecewakan anda.

DSC2207

Tambah menarik lagi, Club Med memberi keistimewaan kanak-kanak untuk menginap secara percuma!

Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai resort ini atau pakej percutian yang ditawarkan, anda boleh melayari laman web rasmi Club Med. Selamat bercuti!

SKIP THIS AD ×