berita

CNBLUE Band Korea Pertama Konsert Jelajah Dunia

January 23rd, 2013 | by M
Kini Trending

85852976

Syarikat label FNC Entertainment mengumumkan bahawa CNBLUE yang dianggotai oleh Jung Yong-hwa, Lee Jong-hyun, Lee Jung Shin dan Kang Min-hyuk akan mengadakan konsert jelajah dunia yang julung kalinya diadakan bagi genre band.

CNBLUE yang diumumkan sebagai Malaysia’s Most Favourite ketika penganjuran Golden Disk Awards 27 minggu lalu bukan sahaja memilih negara-negara Asia seperti China, Singapura dan Hong Kong, malah mereka juga bercadang untuk menjejakkan kaki ke benua Eropah, Australia dan Amerika.

Kata wakil label, “Keputusan ini bukan dibuat secara tergesa-gesa. Sebaliknya selepas kejayaan kami melakukan beberapa persembahan di Amerika & Eropah, dimana sambutan yang diberi amat memberansangkan.”

CNBLUE bakal memulakan jelajah dunia pada bulan Mei 2013.

The following two tabs change content below.

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.