berita

Cold Storage Kini Dengan Konsep Flagship Store Yang Baru Di Suria KLCC! Jom, Check It Out!

December 22nd, 2017 | by Noraniza
Shout Out!

Sekarang ni memang susah nak cari bahan basah yang fresh. Ikan, ayam, daging, sayur-sayuran, buah-buahan dan macam-macam lagi. Ha, korang tak perlu risau lagi sebab Cold Storage telah datang dengan konsep yang baru di flagship store mereka di Suria KLCC! Pelbagai jenis pilihan barangan yang sememangnya segar dan berbaloi untuk semua pelanggan!

Wow, semua FRESH! <3

Aneka makanan yang korang boleh grab & go je. Cepat, mudah & sedap!

Pelbagai pilihan untuk buah-buahan tempatan

Untuk yang sukakan cheese, ha ini tempat paling ‘heaven’ untuk korang! Aneka pilihan cheese, yay!

Sumber inspirasi

Kalau korang nak tahu, flagship store Cold Storage yang dibuka dengan konsep yang baru ini bukan saja menyediakan bahan yang segar kepada pelanggan tetapi juga bertujuan untuk menjadi sumber inspirasi kepada semua. Wah menarik ni!

Paling best, Cold Storage Suria KLCC ini akan dibuka seawal 7:30 pagi. Ha, untuk yang memang bangun awal tu, bolehlah jadi produktif sikit pergi shopping kat Cold Storage. Lepas beli barang dapur boleh lah jalan-jalan cuci mata kejap  dalam KLCC tu. Hehe

Lebih 500 item eksklusif merangkumi semua produk makanan di Cold Storage, Suria KLCC. Wow!

Untuk barangan ekslusif yang boleh didapati HANYA di Cold Storage antaranya:

Jenama Waitrose (UK), Kasino (Perancis), Woolworth (Australia)

Jenama Organik Eksklusif Wild Harvest (Amerika Syarikat) & Macro (Australia) khas untuk Makanan Organik

Oh ya, tak lupa juga untuk pelanggan yang mungkin sukakan masakan dari Asia. Ha, Cold Storage juga ada memperkenalkan Taste Of Asia di mana korang dapat menikmati keenakan dari negara-negara seperti Jepun, Korea, Taiwan dan Timur Tengah. Memang confirm sedap! Korang kena cuba ok?!

Bahagian sayur-sayuran & buah-buahan

Buah-buahan dan sayur-sayuran yang diimport terus dari Australia, Jepun dan Amerika Syarikat. Memang fresh dari ladang!

Ada juga produk organik dijual untuk memenuhi permintaan pelanggan. So, korang jangan risau. Hampir semua bahan ada dijual di Cold Storage! Korang cari je di semua section yang ada.

Daging dan makanan laut (seafood)

Daging import juga dijual untuk pelanggan termasuk pemenang anugerah Dorper Lamb dari West Australia. Woah! Pilihan bahan mentah dan makanan laut yang telah dipotong pun ada. Senang kerja korang, tak perlu potong lagi. Tinggal masak je!

Kaunter Ready-To-Eat untuk pelanggan yang berkunjung ke Cold Storage

Lepas dah pusing satu kedai, mesti rasa lapar kan? Untuk semua pelanggan Cold Storage, mereka juga ada menyediakan kaunter Ready-To-Eat.

Makanan yang dijual contohnya nasi lemak daun pisang dan makanan yang dah tersedia dalam kotak untuk makan tengah hari. Kuih muih seperti karipap, samosa, ayam berempah dan macam-macam lagi!

Eh, bukan itu sahaja! Untuk yang sukakan makanan Korea, sandwich, salad premium, kopi, teh dan jus pun ada dijual di Kaunter Deli. Korang pilih je apa yang korang nak makan. Jangan risau, makanan yang dah di pack ini semuanya makanan yang baru setiap hari dan memang fresh.

Barangan diimport terus dari luar negara

35% jenis makanan runcit yang tak ada di pasaran Malaysia telah diimport terus dari negara seperti Sepanyol, Greece dan Australia. Pelanggan akan diberi pilihan berbelanja dengan pilihan barangan yang lebih banyak. Baru best sikit kan! Semua benda ada.

Cold Storage bukan sahaja menyediakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar, ada juga bahan-bahan lain seperti rempah, serbuk perasa, minyak zaitun untuk menjadikan masakkan lebih autentik dan sihat.

Oh ya, kalau korang nak tahu korang juga boleh dapatkan penghantaran barang ke rumah secara PERCUMA bila berbelanja di Cold Storage melebihi RM250!

*tertakluk kepada terma dan syarat*

Apa tunggu lagi? Jom ramai-ramai shopping di Cold Storage, Suria KLCC ni!

Untuk maklumat lanjut tentang flagship store Cold Storage KLCC ini, korang boleh layari laman sesawang mereka sendiri! :)

Website: coldstorageMY

Facebook: coldstoragemalaysia

Instagram: coldstoragemy

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×