berita

Coldplay Pecahkan Rekod 19 Tahun Dipegang Siti Nurhaliza, 75,000 ‘Lautan Manusia’ Hadir Ke SNBJ

November 24th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Coldplay Siti Nurhaliza

Kemeriahan konsert Coldplay Music Of Sphere yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Rabu lalu masih menjadi bualan hangat netizen di media sosial.

Artikel Berkaitan: Impian Fazura Tercapai Tonton Konsert Coldplay, Netizen Puji Semangat Solidariti Yang Dipamerkan

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siti Nurhaliza ‘Iktiraf’ Konsert Aina Abdul – ‘Tahniah, Bukti Kesungguhan & Kerja Keras’

Rekod 19 tahun Siti dipintas

Coldplay Siti Nurhaliza

Manakan tidak, selepas kali terakhir datang ke Malaysia 27 tahun lalu, kembalinya band dari United Kingdom itu ke tanah air berjaya menghimpunkan seramai 75,000 peminat pada konsert tersebut.

Malah, dikatakan jumlah penonton yang hadir telah memecahkan rekod yang sebelum ini dipegang oleh penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika menjayakan konsert Siti Nurhaliza Fantasia Tour pada 2004 di lokasi sama.

Menerusi hantaran di platform X, seorang pengguna media sosial berkongsi senarai konsert yang pernah dianjurkan di Stadium Nasional Bukit Jalil beserta rekod kehadiran penonton.

Apa yang membanggakan adalah, konsert Siti Nurhaliza Fantasia Tour yang dihadiri 70,000 penonton berjaya menduduki tangga pertama selama 19 tahun sebelum rekod itu dipecahkan oleh Coldplay.

Menerusi senarai itu juga, Siti Nurhaliza Fantasia Tour merupakan satu-satunya konsert tempatan yang direkodkan.

Rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas mengucapkan syabas dan meluahkan rasa bangga dengan pencapaian pelantun lagu Purnama Merindu itu.

Dalam pada itu, tidak kurang juga ada segelintir netizen yang berseloroh meminta Siti untuk mengadakan sekali lagi konsert berskala besar untuk memintas rekod yang dicatat Coldplay.

SKIP THIS AD ×