berita

Comel Gila Mamee Monster We Bare Bears Ni, Siap Ada Perisa Rendang Edisi Terhad!

September 15th, 2021 | by Aimi Raihana Mudzakir
Kini Trending

Siapa kat sini yang suka gila makan snek Mamee Monster? Bukan setakat rasanya yang cukup enak, malah snek Mamee Monster sentiasa menjadi pilihan seisi keluarga. Sebut je Mamee Monster, dah terbayang bunyi kerangupan snek ni. Lepas tu nyanyi sekali. Renyuk, goncang, makan!

Mamee Monster memang terkenal dengan pelbagai keluaran edisi terhad mereka yang menarik. Kali ni mereka ada keluaran edisi terhad lagi, perisa baharu pulak tu. Korang yang suka benda-benda yang comel akan tergoda punya la.

Mamee Monster pakat dengan We Bare Bears, keluarkan pek edisi terhad yang comel gila!

Peminat Mamee Monster kena tahu ni. Snek kegemaran rakyat Malaysia iaitu Mamee Monster telah bekerjasama dengan We Bare Bears untuk mengeluarkan perisa Mamee Monster baharu dengan pek We Bare Bears edisi terhad. Yay!

Tampil bersama pek dengan warna yang unik!

Apa yang kami paling suka dengan Mamee Monster We Bare Bears, pek kali ni ada tiga warna unik yang menampilkan Panda, Grizz dan Ice Bear. Comel betul. Tak tahan tengok!

Siap ada perisa rendang edisi terhad, kena try ni!

Lagi best, Mamee Monster We Bare Bears ada perisa rendang edisi terhad. Jangan lepaskan peluang ni untuk try. Kami dah cuba sendiri, memang sedap! Bayangkan korang boleh bau aroma rendang tu bila kunyah snek Mamee Monster bersama paket perisanya. Nikmat wei!

Macam mana nak dapatkan Mamee Monster We Bare Bears dengan perisa rendang edisi terhad? Meh kami bagitahu caranya..

Dapatkan Mamee Monster We Bare Bears family pack, tersedia dengan perisa BBQ, Ayam dan Pedas

Nak dapatkannya senang je. Korang beli je pek keluarga edisi terhad Mamee Monster We Bare Bears yang tersedia dengan pilihan perisa BBQ, Ayam dan Pedas. Korang mesti pelik kenapa kami suruh beli yang ni kan?

Sebab setiap pek keluarga ni ada satu bungkusan Mamee Monster We Bare Bears dengan perisa rendang edisi terhad. Surprise gitu. Dah nama pun edisi terhad, bukan senang nak dapat okay!

Beli satu, memang tak cukup la ceritanya. Kalau nak banyak, kena la borong. Boleh la buat stok kat rumah. Lepas tu, jangan lupa join peraduan yang Mamee Monster buat ni pulak tau.

Sertai peraduan Mamee Monster We Bare Bears #LagiTinggiLagiHebat, hadiah menarik menanti korang!

Peraduan menarik ni! Tawaran hadiah tak boleh tolak langsung. Hadiah utama ialah wang tunai RM5000 bersama satu- satunya mainan We Bare Bears (bersama kostum lebah dengan tanda tangan pencipta asal), beg laptop, lanyard, tag bagasi. Fuh!

Selain tu, korang berpeluang menang hadiah harian iaitu tumbler Mamee Monster We Bare Bears tau. Macam mana nak dapatkan tumbler comel ni? Korang hanya perlu join peraduan dan ikut langkah mudah di bawah!

CARA SERTAI PERADUAN MAMEE MONSTER WE BARE BEARS

[LANGKAH 1] Beli pek keluarga edisi terhad Mamee Monster We Bare Bears.

[LANGKAH 2] Dengan hanya menggunakan pek individu edisi terhad We Bare Bears daripada pek keluarga, susun secara bertingkat Pek Individu tersebut di atas kepala anda setinggi mungkin.

[LANGKAH 3] Rekod dan muat naik video di Instagram, tag @iammameemonster dan hashtag #MameeMonsterWeBareBears

[LANGKAH 4] Peserta dengan susunan pek tertinggi berpeluang menjadi pemenang!

Take note! Peraduan ini akan dibuat bermula 15 September 2021 hingga 14 November 2021. Jangan terlepas untuk sertainya!

Haa.. Nampak contest ni, terus nak beli pek keluarga edisi terhad Mamee Monster We Bare Bears kan? Korang boleh dapatkannya di kedai berdekatan atau secara online di:

Jangan lupa ikuti perkembangan Mamee Monster di media sosial mereka iaitu Facebook Mamee Monster dan Instagram @iammameemonster.

Nak info lebih lanjut? Korang boleh terus ke laman web ni: https://mameemonster.my/

SKIP THIS AD ×