berita

‘Comel Je Kecil Tu Ketuk Gong’ – Semua Main Alat Muzik, Aktiviti PKP Keluarga Ini Tarik Perhatian

April 10th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Pelbagai aktiviti yang boleh anda lakukan di rumah bagi menyahut seruan Perintah Kawalan Pergerakan. Mungkin anda boleh cuba resipi baru, mengemas rumah atau melakukan apa sahaja aktiviti berfaedah bersama keluarga.

Seperti keluarga Khairi Rani meluangkan masa bersama anak-anaknya dengan bermain instrument muzik beberapa buat lagu. Siap anak paling kecil bermain gong lagi. Memang sempoi habis!

Kopi dangdut

https://www.facebook.com/khairi.rani.9/videos/pcb.2815988248457128/2815938628462090/?type=3&theater

Anak beranak ini turut bersama bermain peralatan muzik tradisional termasuk gong, beduk dan seruling. Keluarga kecil ini juga menyampaikan lagu Kopi Dangdut bagi mengisi masa lapang mereka sepanjang berada di rumah. Gelagat anak paling kecil itu turut curi perhatian netizen!

Ayam didik

https://www.facebook.com/khairi.rani.9/videos/pcb.2815988248457128/2815960065126613/?type=3&theater

Bukan hanya itu sahaja, keluarga ini turut merakam muzik bagi lagu tradisional Ayam Didik. Mengikut fakta, lagu Ayam Didik ini akan mengiringi sebuah tarian klasik Melayu yang berasal daripada gerakan laga ayam. Tarian tradisional ini terkenal di masyarakat negeri bahagian utara termasuk Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

Chalte-chalte

https://www.facebook.com/khairi.rani.9/videos/pcb.2815988248457128/2815974755125144/?type=3&theater

Jika anda penggemar drama romantis Hindustan, mungkin anda pernah dengar lagu Chalte-Chalte ini. Lagu ini merupakan soundtrack bagi drama yang dilakonkan Shah Rukh Khan dan Rani Mukerji pada tahun 2003.

Sumber: En Khairi Rani

SKIP THIS AD ×