berita

Comel & Lincah – Foto Comel Raja Nazira Safya Bersama Abangnya Buat Netizen ‘Geram’

November 14th, 2017 | by Shafika
Kini Trending

Baru baru ini berlangsungnya larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah yang bertempat di Dataran Pavilion, Kuala Kangsar. DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bersama DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim turut mencemar duli berangkat menghadiri acara larian itu.

Paling menarik perhatian netizen adalah anakanda baginda iaitu YTM Raja Kecil Besar, Raja Azlan Muzaffar Shah dan Raja Nazira Safya. Memang comel sangat!

5000 peserta turut serta

 

 

Gambar pertama adalah semasa Hari Keputeraan Sultan Perak. Larian itu mendapat sambutan menggalakkan apabila berjaya menarik minat penyertaan kira-kira 5,000 orang peserta dari dalam dan luar negeri.

Larian sempena ulang tahun DYMM Sultan Perak

 

 

Acara larian yang diadakan sempena sambutan ulang tahun DYMM Sultan Perak ini turut dihadiri YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr Zambry Bin Abd Kadir dan YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan yang menyertai larian bagi kategori VVIP sejauh 2 kilometer.

Kehadiran pemenang pingat Sukan Paralimpik Rio 2016

 

 

 

Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah kali ini turut diserikan dengan kehadiran pemenang pingat Sukan Paralimpik Rio 2016 negara iaitu Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, Abdul Latif Romly dan Siti Noor Radiah Ismail serta pemenang pingat perak Sukan Olimpik, Cheong Jun Hoong.

Sangat merendah diri

 

Sumber : Rizal Hakimm, Perak

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×