berita

Conteng Dinding Istana, Tumbuk Polis Sampai Berdarah Hidung, Lelaki Maut Kemalangan Ketika Larikan Diri

July 16th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Info

Seorang lelaki yang dipercayai melakukan dua perbuatan khianat dilaporkan meninggal dunia dalam sebuah kemalangan di kawasan Bedong, Sungai Petani malam tadi.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan Ibu Pejabat Kontinjen Kedah menjelaskan suspek yang berusia 30-an disyaki terbabit dalam kejadian khianat dengan menconteng dinding tembok Istana Anak Bukit.

Sempat melarikan diri

Ujar Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat suspek bagaimanapun, berjaya melarikan diri dan menerusi siasatan yang dibuat suspek sempat menconteng di bahagian tembok dinding istana dengan tulisan ‘SAMR’.

Siasatan juga mendapati suspek menggunakan motosikal berwarna hitam. Susulan kejadian itu, polis memulakan operasi mengesan suspek.

Jelas Kamarul Zaman lagi, pada pukul 5 petang pula suspek dipercayai bergerak ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar dan bertindak menumbuk seorang anggota polis sehingga mendatangkan cedera di bahagian muka. Tidak berakhir di situ, suspek juga didakwa membaling satu objek yang disyaki pistol mainan sebelum melarikan diri menaiki sebuah motosikal berwarna hitam.

Terlibat dalam kemalangan

Foto: Mohd Redzuan Abdul Manap

Menerusi hasil siasatan yang dijalankan, pihak polis berjaya mengesan seorang suspek lelaki yang didakwa bertanggungjawab ke atas kedua-dua kejadian ini. Ketika serbuan dibuat, pihak polis berjaya menjumpai sebuah mosotikal yang digunakan oleh suspek ketika kejadian menconteng di tempat kejadian.

Suspek yang menyedari kehadiran polis kemudian terus melarikan diri, tanpa mengendahkan amaran pihak polis supaya berhenti. Ketika dalam usaha melarikan diri, motosikal yang ditunggang laju oleh suspek dipercayai terbabas di kawasan Bedong, Sungai Petani menyebabkannya cedera.

Susulan kemalangan tersebut, suspek meninggal dunia tempat kejadian sejurus pegawai perubatan tiba di lokasi kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu melakukan khianat, Seksyen 332 Kanun Keseksaan kerana mencederakan penjawat awam dan Seksyen 36 (1) Akta Senjata 1960 memiliki senjata tiruan. Siasatan lanjut diteruskan.

Sumber: IPD Kota Setar

SKIP THIS AD ×