berita

Coronavirus: 138 Rakyat Malaysia Di Wuhan Akan Dibawa Pulang & Dikuarantin Selama 14 Hari

February 3rd, 2020 | by Amat
Kini Trending

Hari ini seramai 138 warganegara Malaysia yang berada di Wuhan, China dibawa pulang dengan menaiki pesawat khas berikutan wabak coronavirus yang melanda negara itu. Kedutaan Besar Malaysia di China memaklumkan kepada rakyat Malaysia yang berada di daerah itu untuk menghantar lokasi kediaman masing-masing menerusi aplikasi WeChat bagi menjemput mereka pulang.

Tak sabar nak balik

Memetik laporan BH Online, seorang pelajar di Huazhong University of Science and Technology iaitu Dr Lai Hsiaw Jie teruja dan bersyukur menerima berita yang mereka seramai 138 rakyat Malaysia akan dibawa pulang.

Tak sabar rasanya nak balik dan jumpa keluarga saya. Akhirnya, hasrat saya menjadi kenyataan. Saya amat teruja mendapat berita itu. Saya telah mengemas barang saya lebih awal sebagai persediaan jika ada pengumuman untuk kami balik ke Malaysia.

Sudah pasti keluarga saya juga gembira dengan berita ini, apatah lagi ibu bapa saya setiap hari bertanya mengenai keadaan saya sama ada cukup wang dan makanan.

Terima kasih menjaga kami

Sementara itu, pelajar Universiti Geosains China iaitu Ivan Yeo Zhi Yu berterima kasih kepada kerajaan dan pihak Kedutaan Besar Malaysia di China kerana sanggup berusaha membawa mereka pulang ke tanah air.

Saya bersyukur dengan berita ini. Akhirnya saya boleh balik ke tanah air. Saya telah menyimpan semua barang yang diperlukan dan berharap dapat bertemu keluarga tidak lama lagi.

Untuk kerajaan Malaysia, terima kasih kerana berusaha membawa balik rakyat Malaysia yang berada di luar negara dan untuk kerajaan China, terima kasih kerana menjaga kami dalam situasi ini, saya harap keadaan akan kembali seperti sedia kala tidak lama lagi.

Dikuarantinkan 14 hari

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah berkata mereka akan dibawa pulang ke Malaysia dengan menaiki penerbangan khas dari Wuhan, China. Bagaimanapun, mereka mereka perlu dikuarantin selama 14 hari selepas sampai ke Malaysia atas arahan pihak berkuasa.

Dr Wan Azizah berkata tertakluk kepada kelulusan kerajaan China, mereka akan dibawa pulang hanya yang didapati sihat bagi menaiki pesawat selepas menjalani tapisan kesihatan. Malah, ujian tapisan kesihatan itu ditetapkan oleh Kerajaan China di Lapangan Terbang Antarabangsa Wuhan Tianhe.

Rakyat Indonesia dibawa pulang

Sementara itu, menerusi Twitter Moments & Memories memuatnaik video menyaksikan rakyat Indonesia di bawa pulang ke negara mereka dari Wuhan dengan menaiki pesawat khas. Setibanya di Lapangan Terbang Hang Nadim di Batam. Seramai 245 rakyat Indonesia itu akan dikuarantinkan di Pulau Natuna sehingga kesihatan mereka benar-benar di tahap selamat.

Sumber: BH Online, The Jakarta Post

SKIP THIS AD ×