berita

Coronavirus: Rakyat Australia Bengang Koala Dijual Di Pasar Haiwan Eksotik Wuhan

January 23rd, 2020 | by Amat
Kini Trending

Wabak virus misteri yang dikenali sebagai Coronavirus telah merebak ke hampir negara Asia termasuk Thailand, Korea Selatan, Hong Kong dan Jepun. Wabak ini pada mulanya telah merebak di daerah Wuhan di timur negara China. Pasar Huanan Seafood dikatakan menjadi salah satu tempat yang menjadi punca utama tersebarnya virus ini kerana menjual binatang eksotik termasuk ular, tikus dan serigala hidup.

Bukan hanya itu sahaja, peniaga di sana juga menjual koala sehingga menyebabkan rakyat Australia bengang dan marah. Malah, daging koala dijual dengan harga RMB 70 (sekitar RM42).

Banyak haiwan eksotik dijual

Kredit foto: Muyi Xiao

Menurut laporan Mail Online, peniaga di pasar tersebut telah memuatnaik senarai harga daging setiap binatang yang diperdagangkan. Antara haiwan yang dijual di Pasar Huanan Seafood termasuk rubah hidup, buaya, anak serigala, salamanders gergasi, ular, tikus, burung merak, dan landak.

Senarai harga binatang

Kredit foto: Muyi Xiao

Daging koala juga tersenarai dalam harga yang dipaparkan dan pembeli boleh dapatkan dengan harga RMB70 sahaja. Warga Australia dan netizen di media sosial juga turut terkejut apabila mengetahui koala juga turut dimakan oleh rakyat negara China. Senarai harga tersebut memaparkan 112 jenis haiwan liar untuk dijual kepada umum.

Just took a closer look at the viral wild animal menu, they even eat Koalas. There’s nothing Chinese people won’t eat.

Melihat ke senarai harga penjualan haiwan liar yang viral itu membuktikan rakyat China makan apa sahaja binatang termasuk juga Koala.

Virus mula merebak

Di negara China sahaja sudah dilaporkan 17 kes kematian dan 518 individu dijangkiti wabak ini manakala Korea Selatan, Jepun, Taiwan dan USA telah dicatatkan 1 kes. Thailand turut mencatatkan 4 kes yang melibatkan jangkitan wabak Coronavirus itu.

Sumber: Mail Online, Muyi Xiao

SKIP THIS AD ×