berita

Covid 19: 2 Korban Baru Dari Keluarga Yang Sama, Jumlah Kematian Meningkat 6 Orang

March 21st, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Baru sahaja Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham, memaklumkan bahawa 2 kes kematian  telah dicatatkan pada tempoh 24 jam sebelum ini akibat Covid-19. Terbaru, menerusi Harian Metro, 2 lagi kes kematian dilaporkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS). Berikutan dengan itu jumlah kes kematian di Malaysia telah mencecah 6 orang mangsa.

2 mangsa dari keluarga yang sama

Seorang lagi ahli keluarga ini masih dalam rawatan di Hospital Umum Sarawak di Kuching dan memerlukan bantuan pernafasan mekanikal.

Pelaporan kes kematian yang pertama akibat Covid-19 dari keluarga ini lambat diterima dari hospital swasta yang merawat kes kerana menunggu keputusan ujian makmal yang dihantar ke makmal swasta di Kuala Lumpur

Menurut kenyataan JPBNS, 2 orang mangsa korban itu merupakan ibu dan anak perempuan berusia 79 dan 40 tahun dari satu keluarga yang sama. Mangsa pertama meninggal dunia pada jam 2 pagi pada Rabu lalu, manakala mangsa kedua meniggal jam 1 petang tadi. Sarawak telah merekodkan penambahan 10 lagi kes baharu menjadikan jumlah bilangan kes positif Covid-19 mencecah angka 68 kes.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.