berita

Covid-19: 75 Pesakit Pulih Dan Dibenarkan Discaj Daripada Hospital

March 19th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Menteri Kesihatan Malaysia iaitu YB Dato’ Seri Dr Adham Baba dalam satu Sidang Media Perkembangan Terkini Covid-19 memaklumkan jumlah kumulatif kes positif sebanyak 900 kes dimana jumlah keseluruhan sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 75 kes.

Jumlah keseluruhan 900 kes

Kementerian Kesihatan Malaysia ingin memaklumkan bahawa terdapat 15 kes yang telah pulih pada hari ini dan dibenarkan discaj daripada hospital yang telah kita khususkan untuk merawat Covid-19. Ini menjadikan jumlah kumulatif telah pulih sepenuhnya dan didiscaj seramai 75 orang.

Sehingga kini seramai 20 orang kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan mereka memerlukan rawatan bantuan pernafasan.

Menerusi live di laman Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), memberitahu pada hari ini iaitu 19 Mac 2020 terdapat 110 kes baharu dimana menjadikan jumlah sebnayak 900 kes. Tambahnya lagi, hasil sisatan awal mendapati sebanyak 63 kes adalah mempunyai kaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling baru-baru ini.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Malaysia turut menasihati orang ramai agar mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dilaksanakan sejak 18 Mac 2020 yang lalu. Hal ini untuk membantu dalam membendung wabak ini daripada teruk merebak.

Tambahnya lagi, jumlah keselurah kes tersebut kesemua adalah rakyat Malaysia dan rakyat-rakyat dari Indonesia dan negara-negara telah pun pulang ke nagara asal mereka selepas perhimpunan tabligh berkenaan.

Patuhi arahan KKM

Dalam pada itu, KKM memaklumkan bahawa mereka telah pun mengadakan kolaborasi dengan hospital-hospital dan klinik swasta untuk menangani isu Covid-19 ini. Sekiranya ada pesakit yang posotf Covid-19, maka hospital dan klinik swasta ini akan memaklumkan kepada hospital kerajaan untuk pemeriksaan lanjut.

KKM turut mengingatkan orang ramai mengenai beberapa perkara bertujuan untuk memastikan tahap kesihatan yang optimum diperolehi.

Iaitu yang pertama, kita perlu mengamalkan gaya hidup sihat termasuk sentiasa mengamalkan pemakanan yang sihat di rumah. Aktif secara fizikal dalam premis lingkungan premis kita seperti tidak melaksanakan perkara yang stress, sentiasa tenang dan minum air yang mencukupi untuk menyahkan dan singkirkan virus dalam kerongkong kita.

Kedua ialah memastikan makanan yang dibeli berada dalam keadaan baik dan tidak melangkaui tarikh luput.

Ketiga, bagi orang awam yang mempunyai penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang yang memerlukan dialisis kita pastikan bahawa bekalan ubat mestilah mencukup dan mengambil ubat seperti yang dijadualkan.

Keempat, mestilah melakukan persekitaran kediaman termasuk aktiviti disinfeksi.

Menurut Dato’ Seri Dr Adham memaklumkan kepada rakyat Malaysia terutamanya bagi mereka yang kurang sihat supaya menghubungi Virtual Health Advisory dan mengikuti sesi Webinar melalui laman web http://www.doctoroncall.com.my/coronavirus

Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi Bilik Gerakan Majlis Keselamatan Negara atau Crisis Preparedness and Response Centre yang beroperasi selama 24 jam. Pihak kementerian juga difahamkan akan terus membuat pemantauan dan sebarang maklumat akan diberitahu dari masa ke semasa.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

SKIP THIS AD ×