berita

Covid-19: Arab Saudi Gantung Sementara Visa Umrah

February 27th, 2020 | by Wan
Kini Trending

Arab Saudi hari ini menggantung sementara visa untuk jemaah yang ingin ke Makkah bagi tujuan umrah dan ziarah. Perkara itu dimaklumkan Kementerian Luar Arab Saudi susulan penularan wabak koronavirus (Covid-19) di Timur Tengah.

Visa umrah digantung

Menurut Kementerian itu, penggantungan tersebut termasuk bagi program ziarah Masjid Nabi di Madinah dan individu yang menggunakan visa pelancong dari negara-negara yang terjejas akibat COVID-19.

Setakat ini tiada kes positif COVID-19 dilaporkan di Arab Saudi kecuali melibatkan seorang warganya yang ketika ini berada di Kuwait dan ditahan di sana untuk menerima rawatan.

Sementara itu di Iran setakat ini 19 orang disahkan meninggal dunia kerana Covid-19. Angka berkenaan dijangka terus bertambah susulan beberapa penambahan bilangan rakyat mereka yang positif Covid-19.

Sumber: arabnews, Channelnewsasia

SKIP THIS AD ×