berita

Covid-19: Catat Rekod Terbesar 91 Kes Pulih, 3 Kematian

March 30th, 2020 | by faris
Kini Trending

Sejumlah 91 orang berjaya pulih dari jangkitan Covid-19 manakala 3 maut menurut laporan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) pada Isnin.

Catat rekod pulih tertinggi

https://www.youtube.com/watch?v=ukw-_BkjMXg&feature=emb_title

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, jumlah 91 kes pulih dan dibenarkan pulang itu terbesar direkodkan setakat ini. Ini menjadikan kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada COVID-19 sebanyak 479 kes atau 18.2 peratus berbanding keseluruhan.

Menerangkan lebih lanjut kematian terbaru, Dr Noor Hisham berkata kes ke 35 membabitkan seorang wanita berusia 57 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis serta sejarah perjalanan ke Indonesia. Wanita itu dirawat di Hospital Sungai Buloh dan disahkan meninggal dunia jam 4 petang semalam.

Kematian ke 36 pula membabitkan seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun dan dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 23 Mac, sebelum disahkan meninggal jam 8.10 pagi tadi.

Bagi kematian ke 37 membabitkan seorang wanita berusia 46 tahun dan mempunyai penyakit darah tinggi dan autoimun, yang dirawat di Hospital Miri, Sarawak dan disahkan meninggal dunia jam 9.02 pagi tadi.

Sumber: Dr Noor Hisham Abdullah

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×