berita

COVID-19: China Hantar Bantuan Ubatan Buat 62 Negara Termasuk Malaysia & Indonesia

March 19th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Duta besar di China hari ini telah bertindak untuk menghantar bekalan ubat-ubatan dari negara itu ke Malaysia dan Indonesia. Bantuan ini adalah bagi sama-sama membantu mencegah penularan wabak Covid-19 yang telah merebak ke hampir segenap dunia.

Menerusi laman Facebook China Embassy in Malaysia, kongsi beberapa keping foto menunjukkan bekalan ubatan yang dihantar ke Hospital Sungai Buloh.

Action without delay!

Perkongsian yang mendapat lebih 8ribu di laman Facebook Kedutaan China itu seolah memberi sinar harapan buat rakyat Malaysia. Sudah hampir tiga bulan wabak ini bermaharajalela sehingga mengakibatkan banyak nyawa terkorban.

Laman Facebook rasmi itu memuatnaik beberapa foto menunjukkan sebuah lori yang diisi penuh kotak ubatan di bawa terus ke Hospital Sungai Buloh bagi merawat pesakit di sana.

Action without delay! The first batch of medical materials from China Embassy is on the way to Sungai Buloh Hospital.

Sementara itu, memetik laporan Kompas.com melaporkan negara Indonesia ini turut menerima bantuan ubatan dari China bagi menangani pandemik virus tersebut.

Sumbangan dari negara China telah dihulurkan kepada 62 buah negara yang lain dengan bantuan 7 organisasi antarabangsa menyumbang topeng penutup muka (mask), pakaian pelindung plastik dan keperluan perubatan lain.

Dihantar ke Hospital Sungai Buloh

Sumber: Kompas.com, China Embassy in Malaysia, Vince Ong

SKIP THIS AD ×