berita

COVID-19 Diisytihar Pandemik, Ini Peringkat Pandemik Yang Korang Kena Tahu

March 12th, 2020 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Penularan wabak COVID-19 yang semakin serius seluruh dunia memaksa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan situasi ini sebagai pandemik. Memetik laporan Astro Awani, pandemik adalah istilah bagi penyakit berjangkit yang merebak melalui populasi manusia dan merentasi kawasan luas sehingga melepasi sempadan negara.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, walaubagaimanapun berkata istilah pandemik jika disalahguna boleh mencetuskan rasa panik dan ketakutan yang tidak sepatutnya.

Kes semakin meningkat

Berikutan kes disahkan positif dan kematian yang semakin meningkat, WHO mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik dimana beliau menyeru setiap negara mengambil langkah segera dan lebih agresif.

Tambahnya lagi, keadaan pandemik ini walaubagaimanapun tidak mengubah penilaian WHO mengenai ancaman virus dan tidak mengubah sebarang langkah pencegahan yang diambil oleh WHO.

Apa itu pandemik?

Tenang & jangan panik

Sumber : WHO , Sakinah Al-Habshee

The following two tabs change content below.