berita

COVID-19: Doktor Perubatan Mangsa Korban Ke-9, Ada Sejarah Perjalanan Ke Luar Negara

March 22nd, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan hari ini terdapat satu lagi kes kematian COVID-19 melibatkan seorang doktor perubatan. Menurut Dr Noor Hisham,  mangsa warga Malaysia berusia 48 tahun adalah kes ke-890 dan mempunyai sejarah perjalanan ke Turki.

Disyaki bukan frontliners

Menerusi status terbaru di laman Facebook, Ketua Pengarah Kesihatan memaklumkan khabar duka melibatkan satu lagi kes kematian. Korban kesembilan ini mempunyai sejarah perjalanan ke Turki. Mangsa dimasukkan ke hospital pada 17 Mac 2020 kerana mengalami simptom Severe Acute Respiratory Infection. Beliau disahkan positif COVID-19 pada 18 Mac dan kesihatan semakin merudum sebelum diberikan bantuan alat pernafasan pada 19 Mac. Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 10.33 pagi, 22 Mac 2020.

Sumber : Noor Hisham Abdullah

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×