

Universiti Teknologi Mara (UiTM) menerusi akaun Facebook rasminya telah mengumumkan bahawa Istiadat Konvokesyen UiTM Kali Ke-92 akan ditangguhkan berikutan dengan penularan wabak Covid-19.
Konvokesyen ditangguh
https://www.facebook.com/uitmrasmi/posts/1115131188836664
Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan sebentar tadi, pihak pengurusan UiTM telah membuat keputusan untuk menangguhkan istiadat itu yang sepatutnya akan berlangsung pada sekitar bulan Mac hingga April tahun ini.
Dalam kenyataan itu juga, pihak UiTM memberitahu penangguhan yang melibatkan UiTM Shah Alam dan semua cawangan UiTM di seluruh Malaysia adalah berkuat kuasa serta merta sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Ada hikmah disebaliknya








Susulan daripada pengumuman itu, kebanyakan pelajar terkejut dengan berita tersebut namun mereka percaya setiap apa yang terjadi ini mempunyai hikmah disebaliknya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata daripada mereka berharap agar penularan wabak Covid-19 ini dapat ditangani dengan segera. Tidak kurang juga, ada di antara mereka yang meluahkan rasa ‘kecewa’ kerana tidak dapat meraikan hari bahagia itu lebih-lebih lagi apabila segala persiapan sudah dibuat.
Sumber: Universiti Teknologi Mara (UiTM)







![[VIDEO] Abiejam Jelaskan Tujuan Belanja RM12,000 Beli Squishy Untuk Kanak-Kanak – ‘Saya Tahu Ramai Ibu Tidak Mampu’](https://asset.ohbulan.com/2026/10/abiejam-2.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Prince Syed Berpakaian Wanita? Penampilan Cetus Tanda Tanya Netizen](https://asset.ohbulan.com/2026/09/prince-syed-16.jpg)