berita

Covid-19 Jejas Ekonomi, Celcom Bantu Pelanggan Dengan Tawaran 10% Cashback Hingga Jun!

March 17th, 2020 | by Asyraf Khalib
Shout Out!

Sehingga hari ini, penularan wabak Covid-19 boleh dikatakan telah menjadi krisis kemanusiaan terburuk dalam sejarah dunia. Dan apa yang lebih menyedihkan, negara kita sendiri mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi di Asia Tenggara.

Bagi mengurangkan risiko jangkitan, Kementerian Kesihatan Malaysia menasihati orang ramai agar tidak berkunjung ke tempat awam. Keadaan ini sedikit sebanyak mula memberi kesan kepada kehidupan sekaligus menjejaskan ekonomi rakyat dan negara.

Celcom komited bantu pengguna

Selaras dengan Pakej Rangsangan Ekonomi yang disasarkan untuk menangani impak Covid-19, Celcom menjadi syarikat telekomunikasi pertama di Malaysia yang menawarkan pulangan tunai dan penjimatan kepada pelanggannya.

Tawaran ini juga sebagai bantuan alternatif dan tanda sokongan Celcom untuk rakyat Malaysia agar sama-sama menjaga kesihatan diri serta keluarga seperti mana yang disarankan oleh KKM.

Duduk rumah main phone pun boleh dapat cashback!

Dalam tempoh penularan wabak ni, korang mungkin terpaksa menghabiskan lebih banyak masa di rumah kan? Tapi jangan risau sebab sekarang ni kalau korang tambah nilai pun boleh enjoy cashback daripada Celcom tau!

Bermula sekarang hingga 30 Jun 2020, pelanggan prabayar Celcom Xpax boleh menikmati pulangan tunai 10% apabila korang membeli tambah nilai Celcom Xpax dan tambah nilai Internet RM10 dan ke atas melalui aplikasi Celcom Life.

Cara nak dapatkan cashback 10% ni mudah je:

1. Muat turun dan log masuk ke aplikasi Celcom Life

2. Pautkan e-dompet Boost melalui apilkasi Celcom Life

3. Pilih “Reload” dan pilih “Credit Reload” atau “Internet Reload”

4. Pilih amaun tambah nilai.

i. Tambah Nilai (RM10, RM30, RM50 atau RM100); atau

ii. Tambah Nilai Internet (RM10, RM12, RM19, RM30, RM38, RM50, RM79)

5. Nikmati pulangan tunai Boost 10% sehingga RM20 bagi setiap nombor MyKad/Pasport setiap bulan

Bukan tu saja, pelan terbaru pascabayar Celcom MEGA™ juga dilengkapi dengan ciri Tukar Beli sehingga 30 Jun 2020. Ciri ini membolehkan pengguna pascabayar menukar data yang tak digunakan pada setiap penghujung kitaran bil kepada pulangan tunai melalui e-Wallet Boost dengan kadar 10GB bersamaan RM5.

Rebat RM50 pun ada!

Haa.. kalau nak lagi jimat, kami sarankan pengguna pascabayar Celcom untuk pilih perkhidmatan ‘Bil Automatik’ sebab ada rebat RM50 sebanyak satu kali bagi setiap akaun dalam kitaran bil yang berikutnya. Tak cukup dengan itu, korang yang pilih bil bulanan secara digital juga boleh jimat sehingga RM10 setiap bulan tau sebab dah tak ada caj cetakan bil.

Bantu ringankan beban pengguna

Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad, Idham Nawawi berkata, pulangan tunai yang ditawarkan ini merupakan antara usaha Celcom untuk membantu pelanggan secara kewangan bagi mengurangkan kos sara hidup dan membolehkan mereka membeli keperluan harian di kesemua kedai digital atau rangkaian runcit yang menawarkan pembayaran melalui Boost.

Untunglah korang dapat cashback! Tapi ingat pastikan korang patuhi langkah pencegahan Covid-19 dan ambil tahu perkembangan wabak ini dari masa ke semasa. Nak tahu lebih banyak tawaran dan promosi hebat daripada Celcom? Korang boleh layari laman sesawang Celcom sekarang!

SKIP THIS AD ×