berita

COVID-19: Jumlah Kumulatif Sebanyak 10 Kes, 2 Kes Kematian Hari Ini

March 22nd, 2020 | by Amat
Kini Trending

Memetik laporan dari Kementerian Kesihatan Malaysia, setakat hari ini memaklumkan terdapat dua lagi pesakit positif Covid-19 meninggal dunia. Kes kematian tersebut menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 10.

Jumlah kumulatif kematian 10 kes

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah di sidang media memaklumkan terdapat dua kes kematian melibatkan pesakit Covid-19 pada hari ini. Kes kematian ke-9 merupakan seorang lelaki berusia 48 tahun yang berasal dari Perlis.

Manakala, kes kematian yang ke-10 pula merupakan seorang lelaki warga emas berusia 74 tahun dari Pulau Pinang.

Dukacita dimaklumkan, terdapat pertambahan dua kematian pada 22 Mac 2020, menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 10 kes.

Kes kematian ke-9 seorang lelaki berumur 48 tahun, dan mempunyai sejarah perjalanan ke Turki. Beliau dirawat di ICU Hospital Tuanku Fauziah, Perlis.

Kes kematian kesepuluh seorang lelaki berumur 74 tahun dari kluster tabligh. Beliau dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang pada 13 Mac dan diberikan bantuan alat pernafasan sebelum meninggal dunia pada jam 4.05 pm. Kedua-dua kes adalah warganegara Malaysia.

74 dari kluster perhimpunan tabligh

Setakat hari ini terdapat sebanyak 123 kes terbaharu. 74 daripadanya terlibat dalam perhimpunan tabligh tempoh hari. Manakala seramai 46 pesakit kini masih dirawat di Intensive Care Unit (ICU).

Daripada 123 kes baru, 74 adalah dari kluster perhimpunan tabligh manakala 49 lagi adalah dari lain-lain kluster dan masih disiasat untuk kepastian.? ?Sehingga kini, seramai 46 kes positif dirawat di ICU.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia 

SKIP THIS AD ×