berita

Covid-19: Lelaki 71 Tahun Dari Melaka Melaka Korban Ke-15

March 24th, 2020 | by faris
Kini Trending

Wabak Covid-19 meragut satu lagi mangsa, menjadikan 15 mangsa maut setakat ini. Perkara itu diumumkan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Facebooknya sebentar tadi.

Warga emas 71 tahun

Menurut Dr Noorhisham mangsa merupakan warganegara Malaysia berumur 71 tahun berasal dari Melaka.

Dukacita dimaklumkan terdapat satu (1) kematian baru dilaporkan ke CPRC Kebangsaan, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 15 kes.

Mangsa disyaki mempunyai kontak dengan kes positif COVID19 (kes ke-703, yang telah menghadiri perjumpaan tabligh di Masjid Seri Petaling).

Beliau mempunyai sejarah penyakit kronik dan telah dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar mulai 18 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 5.35 pagi, 24 Mac 2020.

Pihak kementeriam turut mengucapkan takziah kepada keluarga arwah atas pemergian itu.

Sumber: Dr Noor Hisham Abdullah

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×