berita

Covid-19: Orang Asli ‘Tutup’ Kampung, Buat Roadblock Di Pintu Masuk

March 20th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan Perdana Menteri, sudah masuk hari ketiga hari ini. Namun, sebilangan rakyat Malaysia masih berdegil dan tidak mematuhi arahan yang disarankan. Ini kerana, masih terdapat beberapa individu yang melakukan aktiviti di luar kawasan rumah bahkan, bersiar-siar di kawasan awam.

Walau bagaimanapun, terdapat satu perkongsian di Facebook yang seharusnya diberikan pujian dan dibanggakan apabila masyarakat orang asli di Kota Tinggi, Johor sahut saranan pihak kerajaan. Mereka bertungkus-lumus meletakkan penghadang di jalan masuk utama perkampungan bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19. Terbaik!

Just stay at home

Menerusi Facebook Jasni Amat, lelaki ini memuat naik beberapa foto dan kapsyen mengenai usaha yang dilakukan penduduk Kampung Orang Asli Sayong Pinang di Kota Tinggi, Johor. Menurutnya, kesemua masyarakat orang asli di situ bersatu padu untuk mengambil penghadang dan meletakkan di jalan masuk utama kampung mereka. Tujuan mereka melakukan hal sedemikian adalah untuk menghalang pergerakan orang keluar masuk serta mengelakkan penularan wabak Covid-19.

Kami pun sudah

Selain penduduk Kampung Orang Asli Sayong Pinang, penduduk Orang Asli Kampung Mentelong, Pahang juga melakukan perkara yang sama apabila mereka turut menghalang laluan utama sebelum memasuki perkampungan mereka. Penduduk tersebut siap menulis dan meninggalkan larangan buat individu yang ingin melalui jalan tersebut. Rata-rata netizen kagum dan kegigihan masyarakat orang asli lalu menyatakan bahawa tindakan mereka sepatutnya dijadikan contoh dan diberi pujian.

Langkah awal dalam kawalan

Sumber: Jasni Amat

SKIP THIS AD ×