berita

Covid-19: Pengantin Ijab Kabul ‘Luar Pagar’ Rumah Tok Kadi

March 20th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Penularan wabak Covid-19 yang telah melanda negara sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada majlis-majlis keramaian seperti kenduri kahwin, majlis pernikahan, majlis ilmu dan sebagainya. Akan tetapi, majlis pernikahan adalah dibenarkan dengan mengikuti syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti tidak boleh berjabat tangan dan hanya dihadiri oleh seorang pendaftar atau penolong pendaftar perkahwinan, pengantin lelaki dan perempuan, seorang wali, dua orang saksi serta dua orang wakil bagi pihak pengantin lelaki dan perempuan.

Terbaru, seorang pengguna Facebook, Norman Herbs ada berkongsi satu video yang memaparkan pasangan pengantin yang melangsungkan pernikahan dengan mengikuti syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Akad nikah musim Covid-19

Menerusi video berdurasi 01:13 saat itu memaparkan pasangan pengantin sedang melangsungkan ijab kabul di hadapan rumah tok kadi. Apa yang menarik perhatian adalah, pasangan pengantin serta kesemua tetamu yang hadir ini dilihat berdiri di luar pagar rumah tersebut dengan menjaga jarak ‘Scoial Distancing’ antara 1 hingga 2 meter seperti yang telah ditetapkan. Tanpa berjabat tangan, pengantin lelaki dengan gaya yang bersahaja telah melafazkan akad sambil disaksikan oleh tetamu yang hadir.

Selepas selesai acara akad, tok kadi telah meminta pengantin lelaki untuk melafazkan taklik kepada wanita yang dinikahinya itu. Perkongsian ini telah mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya puji dan setuju dengan cara yang dilakukan oleh pasangan ini. Tidak kurang juga ada di antara mereka yang terhibur dengan gelagat spontan yang ditunjukkan oleh tok kadi tersebut.

Respon netizen

Sumber: Norman Herbs

SKIP THIS AD ×