berita

Coway Perkenal Tilam Premium Setanding Hotel Mewah, Siap Ada Servis Cleaning Percuma Tau!

March 16th, 2020 | by Asyraf Khalib
Shout Out!

Korang tahu tak, 9 daripada 10 rakyat Malaysia ada masalah susah nak tidur, selalu terjaga lewat malam, hilang fokus, sakit tengkuk, sakit kepala dan macam-macam lagilah. Paling tragis, bila bangun pagi tu badan rasa penat dan malas je.

Sebenarnya, salah satu punca korang dapat masalah macam ni adalah disebabkan tilam. Pemilihan tilam yang tak berkualiti dan ditambah pula dengan kotoran lama yang bersarang pada tilam, dah tentu menjejaskan kualiti tidur korang.

Sampai bila nak ‘terseksa’ tu?

Korang cuba bayangkan dengan komitmen kerja yang makin banyak dan ditambah pula dengan stress terpaksa menghadap jalan sesak, takkan korang balik rumah penat-penat dan masih nak tidur atas tilam lama yang dah keras tu kan? Silap-silap tak boleh tidur pun!

Haa.. sebab tu Coway terus komited cari jalan penyelesaian untuk rakyat Malaysia! Kalau korang nak tahu, Coway Malaysia baru saja memperkenalkan produk baharu mereka iaitu tilam Coway Prime Series yang cukup mewah dan luar biasa hebat tau.

Lain daripada yang lain wei!

Apa yang pasti, tilam Coway Prime Series ni memang tak sama dengan mana-mana tilam lain dekat pasaran. Ia didatangkan dengan 5 lapisan istimewa yang mampu menjanjikan keselesaan, sokongan mengikut postur badan dan servis penjagaan tilam secara berkala pun ada tau.

Lapisan pertamanya saja dah power sebab topper tilam Coway ini diperbuat daripada Fabrik Anti-Statik yang berfungsi menyerap cas elektro-statik dalam badan dan membebaskan cas tersebut ke udara. Ini sekaligus membantu tidur lebih lena dan mengurangkan stress. Paling best, topper ni pun akan ditukar setiap 36 bulan untuk menjamin kebersihan tilam!

Tidur lebih selesa tanpa gangguan.

Nak pilih tilam mestilah keselesaan jadi keutamaan betul tak? Haa.. kalau korang nak tahu, salah satu sebab kenapa tilam Coway Prime Series terlebih selesa ialah kerana ia memang tak panas. Lapisan Coconut Fiber yang ada dalam tilam ni membuatkan ia terasa lebih sejuk walaupun korang tidur dalam keadaan cuaca yang panas.

Lapisan Memory Foam pula menjadikan tilam Coway lebih empuk dan boleh membentuk mengikut bentuk badan sekaligus mengelakkan tekanan terhadap pressure-point. Lebih mengagumkan, korang takkan terganggu sedikit pun kalau pasangan di sebelah bergerak dan beralih kedudukan sewaktu tidur.

Tak ada lagi sakit belakang dan sengal badan

Ya, jangan risau pasal sakit belakang sebab tilam Coway ada lapisan 100% Latex yang berfungsi untuk menyokong tulang belakang. Jadi, lepas ni tak ada lagi cerita-cerita sedih terpaksa menderita sengal-sengal badan akibat tilam keras. Lebih menarik lagi, bahan latex ini juga bebas daripada masalah hama, virus dan bakteria penyebab alahan.

Tak cukup dengan itu, tilam Coway Prime Series turut dilengkapi dengan keistimewaan 5 zon Pocket Spring yang fleksibel dan berkualiti iaitu zon kepala, bahu, lumbar, lutut dan kaki. Kesemua zon spring ini boleh mengikut kontur badan dengan sempurna dan mampu menampung berat seseorang sekaligus memberi lebih keselesaan sewaktu tidur.

Mampu milik, siap ada servis cuci lagi tau!

Haa… kami yakin ini berita paling gembira untuk rakyat Malaysia! Walaupun kualiti tilam Coway Prime Series memang premium dan mewah, tapi sebenarnya ia boleh dimiliki semua orang. Sebabnya, korang boleh je langgan servis sewaan tilam Coway Prime Series ni serendah RM139 saja sebulan.

Lebih menarik, tak kisahlah sama ada korang beli atau sewa, korang tetap boleh enjoy Servis Penjagaan Tilam Coway setiap 4 bulan sekali. Pendek kata, tak perlu risau lagi soal debu, bakteria dan virus! Servis yang ditawarkan oleh Coway ini merangkumi 7 langkah penjagaan iaitu:

  • Langkah 1: Pengukuran Tahap Kontaminasi
  • Langkah 2: Pembersihan Rangka Katil
  • Langkah 3: Pengelapan Rangka Katil
  • Langkah 4: Pembersihan Bahagian Sisi
  • Langkah 5: Pembersihan Tilam
  • Langkah 6: Penghalau Hama Habuk
  • Langkah 7: Pensterilan UV

Nak menang tilam Prime Series secara PERCUMA?

Bermula sekarang sehingga 31 Mac 2020, Coway Malaysia ada melancarkan Peraduan Coway Dirty Talk yang mana korang cuma perlu berkongsi pengalaman lucu atau tabiat ‘buruk’ pasangan masing-masing sewaktu di bilik tidur je tau.

Tak tahu pengalaman macam mana nak share? Korang cuma perlu tonton dulu video lucu 3 pasangan sweet ini di Facebook Coway. Lepas tu, jangan lupa kongsi cerita pasal pasangan korang pulak dan tag pasangan masing-masing di ruangan komen.

Ini antara hadiah yang korang patut rebut:

HADIAH UTAMA
1x Tilam Coway Prime Series
Pemenang boleh pilih saiz tilam
PERCUMA 1 Tahun Servis Penjagaan Tilam

HADIAH SAGUHATI
10x PERCUMA 1 Tahun Servis Penjagaan Tilam

*Tertakluk pada Terma dan Syarat*

Apa yang pasti, tilam Coway Prime Series ni memang wajib ada dekat setiap rumah di Malaysia. Kalau korang nak tahu lebih banyak lagi kebaikan tilam Coway ni, jangan lupa layari laman sesawang Coway sekarang!

SKIP THIS AD ×