berita

Creator Malaysia Ini Kongsi Tips Jual Produk Dengan TikTok Shop, Berguna Buat Seller!

September 29th, 2023 | by Aimi Raihana Mudzakir
Kini Trending

Zaman yang serba moden membolehkan shopping lebih cepat dan mudah. Sekarang kita boleh guna aplikasi untuk beli barang yang kita nak dalam masa beberapa saat je. Jimat masa dan tenaga!

Ada juga yang guna aplikasi hiburan untuk berniaga. Salah satunya ialah TikTok Shop. TikTok, sebuah platform hiburan kini telah diperluaskan untuk memperkenalkan shoppertainment melalui TikTok Shop.

TikTok Shop cipta peluang luar biasa

TikTok Shop dah buka peluang yang luar biasa untuk jenama dan creator mengembangkan lagi jangkauan mereka. Pelbagai fungsi dalam TikTok Shop beri keselesaan untuk pengguna buat urusan jual beli.

Dengan TikTok Shop, korang boleh pamer dan lihat produk melalui kandungan membeli-belah seperti video pendek in-feed dan Live Shopping. Memang best la!

Ini membolehkan pengguna untuk temui produk baharu dan memberikan peluang yang lebih besar kepada jenama dan penjual untuk mendapatkan pelanggan baharu sambil mengembangkan jualan produk mereka. 

Macam ni boleh la pengguna perkenalkan produk dan naikkan lagi jualan. Yay!

Peniaga tempatan boleh guna TikTok Shop, peluang terbaik untuk naikkan jualan!

Selain mengiktiraf TikTok Shop sebagai platform e-dagang sejak 2022, ia juga bawa gelombang baru buat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Peniaga tempatan berpeluang jual produk mereka di TikTok Shop dengan lebih kreatif melalui Shoppertainment!

Oh, ya! Baru-baru ni TikTok Shop buat event menarik untuk hargai mereka yang menggunakan aplikasi tersebut.

TikTok Shop Summit 2023 meriah, ramai seller, jenama & creator hadir!

Pada 14 September 2023, TikTok Shop telah mengadakan TikTok Shop Summit 2023 di Bangsar South, KL. Sambutan cukup meriah dengan kehadiran ramai seller, jenama dan creator TikTok Shop Malaysia.

Paling mengujakan, TikTok Shop meneruskan komitmennya untuk membina ekonomi negara dengan menyediakan 100 kali lebih subsidi setakat laporan Q4,2023 untuk menyokong penjual, jenama dan creator di platformnya.

Ini antara sokongan daripada TikTok Shop sempena Q4 2023

Sewaktu TikTok Shop Summit 2023, TikTok Shop telah mengumumkan yang mereka akan beri beberapa sokongan sempena Q4 2023. Ini antaranya:

  • Shop Tab

Berita baik buat seller! Bermula Oktober hingga Disember 2023, TikTok Shop akan menyediakan subsidi produk serta komisen 0% untuk pembelian yang telah selesai melalui Shop Tab.

Buat masa ni, Shop Tab membolehkan seller kongsi cadangan produk mereka melalui senarai produk dan kandungan beli-belah. Kalau pengguna memasuki Shop Tab dan beli item daripada mereka melalui saluran tersebut, seller layak dapat subsidi komisen 0% tau.

  • Promosi sewaktu LIVE

Seronoknya! TikTok Shop akan sediakan baucar untuk seller beri kepada viewer yang mengikuti sesi jualan LIVE mereka. Ramai la seller akan buat livestream untuk promosikan produk sepuasnya lepas ni. Yay!

  • Program kempen yang menarik

Melalui pelbagai kempen menarik yang diadakan sepanjang tahun, TikTok Shop akan menyediakan baucar, subsidi produk, dan dorongan trafik untuk seller dan jenama di platform. Syoknya!

Tak lupa jugak dengan acara paling dinantikan sewaktu TikTok Shop Summit 2023, iaitu pemberian Anugerah TikTok Shop kepada creator dengan pencapaian cemerlang pada tahun lepas!

Pelbagai anugerah TikTok Shop diberikan kepada creator

Antara pengiktirafan diberikan ialah Best Performing Brand, Rising Star dan Inspirational Icon. Khairul Aming berjaya memenangi Anugerah Inspirational Icon di TikTok Shop. Sememangnya layak!

Dapat tampilkan kreativiti dengan cara baru

Sebagai creator di TikTok Shop, korang boleh gunakan pelbagai cara kreatif untuk perkenalkan produk korang. Salah satu cara adalah melalui program TikTok Shop Affiliate.

Selain dapat berkolaborasi dengan peniaga lain, korang boleh promosikan jenama dan produk di TikTok Shop yang berkaitan dengan komuniti yang ada. Medium terbaik untuk produk korang dikenali ramai.

Kat sini kami kongsikan beberapa tips menarik daripada mereka yang berpengalaman dengan TikTok Shop. Serius berguna!

  • Buat sesi LIVE seperti jumpa viewer di real time

“Salah satu cara jualan paling menarik di TikTok Shop adalah secara live. Orang mudah tertarik bila tengok produk diguna secara langsung. Bayangkan viewer betul-betul di depan kita semasa live. Biar terasa dekat dengan mereka.”

-Huda Ahmad, Creator TikTok Shop Tulippetals-

  • Selalu alert dengan kempen yang ada

“Setiap bulan TikTok Shop akan ada kempen menarik. Sebagai contoh kempen jualan tarikh atau hari istimewa seperti 9.9, Hari Merdeka, Hari Raya dan sebagainya. Seller kena alert dengan kempen terkini kerana ini masa terbaik untuk buat promosi menarik.”

-Cris Low, Pengasas Bersama, KM Fashion-

  • Buat content yang berkualiti & menarik

“Paling penting dalam TikTok Shop adalah content yang berkualiti supaya pengguna berminat. Boleh cari idea melalui di TikTok Shop Academy untuk buat video tentang tutorial, review dan perkenalan produk. Cipta cerita korang sendiri dan gunakan TikTok shop untuk kongsikan perjalanan perniagaan korang kepada pengguna aplikasi TikTok. “

-Khairul Aming, Pengarah, Sambal Nyet Berapi-

Kalau korang berminat untuk menjual dengan berjaya di TikTok Shop, korang kena ingat tips yang dikongsi oleh para content creator ni! 

Lengkap dengan set e-commerce yang ada, TikTok sedia untuk menyokong individu yang berminat untuk meneroka peluang untuk menjadi penjual! Untuk maklumat lanjut, korang boleh klik di SINI!

SKIP THIS AD ×