Peserta Calpis Soda One In A Million (CSOIAM), Rezza Shah menerima teguran netizen dengan hati terbuka mengenai persembahan dan nyanyiannya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Puji Persembahan Rezza Shah Di Pentas CSOIAM, Cadang Ceburi Bidang Lakonan – ‘Menyanyi Okay Tapi Jadi Pelakon Lagi Sesuai’
Artikel Berkaitan: Juri Terkejut Empat Peserta Tersingkir CSOIAM, Undian Pengundi Beri Impak – ‘Jangan Mengundi Sebab Dia Comel Atau Cantik’
Pilih lagu tepat
Menurut seorang pengguna media sosial, Rezza perlu bijak memilih lagu yang tepat dengan suara dan tidak boleh mengharapkan wajah yang tampan sahaja.
Malah, individu itu turut menasihati Rezza supaya tidak melakukan pergerakan tidak sewajarnya ketika di atas pentas.
Awak memiliki warna suara yang hebat, tapi selalu salah pilih lagu dan pergerakan yang tak patut ketika di atas pentas.
Anda tidak boleh bergantung kepada rupa dan tone suara sahaja semata-mata.
Individu itu memberi pandangannya menerusi komen yang ditanggalkan pada sebuah hantaran milik Rezza di TikTok.
Handsome bonus
Tidak mudah melatah, penyanyi itu mengakui dia perlu memperbaiki mutu nyanyian dan menganggap wajah yang tampan sekadar bonus.
Saya tidak mengharapkan rupa sahaja kerana saya sendiri tak pasti saya ini tampan atau tidak. Atau itu hanya sekadar bonus sahaja.
Tetapi saya tahu, banyak lagi perlu diperbaiki dalam nyanyian. Terima kasih atas teguran.
Memasuki minggu ketiga, peserta CSOIAM akan membawakan lagu dengan tema ‘Rasa Paling Indah’.
CSOIAM dihoskan oleh Fiza Frizzy dan Haniff Hamzah serta menampilkan juri tetap Ziana Zain, Yusry Abdul Halim dan Cakra Khan.
Seramai 10 berjaya mara ke minggu ketiga iaitu Mariam, Zazzleen, Kai Deva, Hafiz Zainal, Rezza Shah, Hazimi, Alya, Eylia, Dayangku Iffah dan Mary Grace sekali gus berentap merebut hadiah berjumlah RM1 juta.
Saksikan setiap detik mendebarkan ini secara eksklusif di TV3, jam 9.00 malam setiap Ahad, atau strim secara HD di Tonton melalui laman sesawang rasmi TONTON.
Bagi undian pula, boleh ke www.tonton.com.my/calpissodaOIAMTV3.