
Ramai anggap kipas ni benda biasa je — janji berpusing dan bagi angin. Tapi bila korang kenal Shark FlexBreeze Fan, korang akan faham maksud sebenar “kipas moden”.
Kipas ni bukan sekadar ‘on’ dan sejuk. Ia hadir dengan pelbagai ciri pintar yang buat hidup korang lebih selesa, praktikal dan bergaya.
Jom tengok kenapa ramai orang jatuh hati dengan kipas ni!
1. Boleh Diguna Di Mana-Mana, Tanpa Wayar!
Cuaca panas tapi tak ada soket berhampiran? Atau elektrik terputus tiba-tiba? Tak jadi masalah pun kalau korang guna Shark FlexBreeze.
Kipas ni boleh berfungsi tanpa wayar sehingga 24 jam dengan satu caj penuh. Angin dia pula boleh terasa sejauh 20 meter! Sesuai sangat kalau nak guna kat dapur, balkoni, dalam khemah atau gunakan secara outdoor sewaktu berkelah.
2. Nak Guna Sebagai Kipas Tinggi Atau Atas Meja? Dua-Dua Boleh Dengan Mode Pedestal & Tabletop!
Nak letak atas meja pun boleh. Nak jadi kipas tinggi kat ruang tamu atau ruang makan pun boleh. Dengan fungsi ‘Lift to Transform’, kipas ni boleh ditukar daripada model ‘meja’ ke ‘berdiri’ dalam masa beberapa saat je.
Reka bentuknya ringan hanya 5.6kg, ia juga senyap dan mudah alih. Menjadikan ia sesuai untuk semua sudut rumah.
3. Sejuk Tapi Tak Bising – Ada 5 Tahap Kelajuan
Korang boleh kawal tahap kelajuan ikut keselesaan sendiri, dari angin perlahan yang nyaman untuk tidur, sampailah ke tahap yang sesuai untuk sejukkan satu bilik, ideal untuk keluarga dengan anak kecil yang perlukan rehat waktu siang.
Ditambah pula dengan fungsi berayun 180° dan boleh condong 55°, kipas ni memang boleh cover satu bilik tanpa perlu letak depan muka.
4. Rekaan Ringkas Tetapi Elegan
Dah bosan tengok kipas besar yang makan ruang dan nampak serabut? Shark FlexBreeze tampil dengan rekaan moden, kemas dan minimalis. Warna hitam atau putih matte, memang masuk dengan konsep rumah moden sekarang.
Lagi satu, ianya kalis percikan air (IPX4). Jadi, korang boleh guna kat luar rumah tanpa risau.
5. Lengkap Untuk Kegunaan Harian & Nak Bawa Travel Pun Senang
Setiap pembelian didatangkan lengkap dengan semua keperluan termasuk unit kipas, kaki boleh tanggal, alat kawalan jauh yang boleh dilekatkan secara magnetik, pengecas, hinggalah ke beg travel eksklusif.
Beratnya pun cuma 5.6kg, jadi tak susah langsung nak angkut dalam kereta kalau nak bawa pergi bercuti!
Berbaloi Ke? Memang Berbaloi!
Dengan semua ciri moden ni, harga RM899 sangat masuk akal untuk pelaburan jangka panjang. Tambahan pula, ada waranti 2 tahun dan jaminan pulangan wang 60 hari. Kalau rasa tak puas hati, boleh pulangkan.
Nak Diskaun? Ikut Je Cara Mudah Ni
Dari sekarang sampai 31 Ogos, korang boleh dapat 15% diskaun bila beli dari laman web rasmi mereka dan guna kod promo: SNFAM_OHBULAN
Korang juga boleh beli di Shopee, Lazada dan kedai terpilih serta stor elektronik utama seluruh negara.
Kalau nak tahu lebih lanjut tentang korang boleh ke TikTok, Instagram dan Facebook @sharkhomey
Haa.. Kalau korang tengah cari kipas yang tak sekadar sejuk, tapi juga praktikal, mudah dibawa dan ada gaya – Shark FlexBreeze memang pilihan terbaik.