berita

Cuba Cabul & Liwat Pelajar Lelaki Ketika Tidur, Pengawal Keselamatan Ditahan Polis

May 21st, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang pengawal keselamatan ditahan atas dakwaan cuba meliwat serta mencabul seorang pelajar lelaki di surau sebuah sekolah agama di Tanah Merah, Kelantan.

Pengawal keselamatan cuba meliwat & cabul pelajar

Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Wan Zulfikri Wan Othman, kejadian berkenaan berlaku ketika pelajar terbabit menyertai program qiamulallail di sekolahnya. Kejadian berlaku pada pukul 12.15 tengah malam ketika mangsa sedang tidur bersama rakan-rakannya.

Siasatan awal mendapati suspek yang dikenali sebagai Rashid datang ke surau terbabit sebelum bertindak mencabul pelajar tersebut. Dalam pada itu lelaki berkenaan juga dipercayai cuba meliwat mangsa, namun sempat ditepis oleh pelajar itu.

Mangsa telah memaklumkan kepada bapanya yang datang menjemput remaja itu di sekolah berkenaan kira-kira pukul 10.15 pagi semalam bahawa telah dicabul oleh pengawal keselamatan bernama Rashid sebelum mereka terus membuat laporan polis.

iasatan awal mendapati, suspek berusia 38 tahun dan merupakan pengawal keselamatan sementara di sekolah agama itu.

Mangsa dihantarkan ke hospital

Sekadar gambar hiasan

Walau bagaimanapun, pelajar berusia 12 tahun itu telah dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk pemeriksaan selanjutnya. Manakala, suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Tanah Merak untuk perintah reman.

Susulan daripada itu, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Sumber : Kosmo

SKIP THIS AD ×