berita

‘Cuba Cari Keserasian Dengan Keluarga Fizo Namun..’ – Mawar Pernah Bagi Hint Punca Cerai?

July 11th, 2019 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Sejak pasangan Fizo Omar dan Mawar Karim disahkan bercerai semalam, pelbagai respon dan andaian orang ramai terhadap perhubungan mereka. Walaupun bercerai, kedua-dua pasangan ini masih lagi mengeluarkan kata-kata baik terhadap satu sama lain.

Di facebook, individu yang dikenali sebagai Mcyah Joanjett berkongsi beberapa screenshot sepanjang kontroversi melanda. Ramai yang mula bersimpati dan sedih dengan nasib kedua-dua pasangan ini yang dikatakan masih lagi sayang satu sama lain.

Perpisahan berat diharungi

First time saya lihat artis yang sangat serasi dan penyayang antara mereka berlaku perpisahan yang merentap perasaan diantara keduanya. Fizo seperti tidak mampu melepaskan mawar. Masih membuat posting gambar bersama mawar dan kata-kata yang ditulis amat mengusik jiwa setiap yang membaca.

Jauh di sudut hati kedua pasangan ini masih menyimpan rasa kasih dan cinta. Perpisahan yang berat untuk diharungi. Berbeza dengan kes-kes penceraian lain.

Sudah mencari keserasian

Tambahan pula mawar mengeluarkan penyataan bahawa “Dia sudah cuba mencari keserasian dengan keluarga fizo namun harini dia sanggup korban kasih sayangnya kepada fizo demi kebahagiaan keluarga fizo”.

Fizo juga menyatakan “Dia masih sayang dan kasih pada mawar, dia mengucapkan terima kasih kepada mawar kerana menjadi isteri dan ibu terbaik kepada anak mereka. Fizo berkata dia banyak terhutang budi kepada mawar kerana mawar sangat baik”.

Mawar Karim respon

Selain itu, posting di ig mawar yang bertarikh 29 june iaitu 2weeks sebelum penceraian mereka tertulis “Bagi saya sebaiknya setiap masalah dihadapi biarlah hanya suami isteri dan seeloknya jika tidak hanya libatkan kedua orang tua kita sahaja.

Jika ada pihak lain campurtangan, perhubungan akan menjadi lain”. Komen salah seorang follower di ig yang menyatakan “kurang komunikasi dan campur tangan keluarga juga menjadikn keretakan rumahtangga” dan mawar membalas “BETUL TU SIS”.

Doakan terbaik

Saya harap, ibu bapa dan keluarga janganlah campur tangan urusan rumahtangga anak menantu. Jika tidak suka, simpanlah dihati. Jangan dibenci.

Suatu hari, yang dibenci itulah akan membantu mu tatlaka kesusahan. Jangan jadi ibubapa atau iparduai yang merampas kebahagiaan zahir dan batin anak menantu. Apapun, percaturan Allah adalah yang terbaik. wallahualam.

Sumber : Mcyah Joanjett

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×